Kartun Ganas Huggy Wuggy

“…Ambil Gunting Nak Cucuk Adik Dia” – Ibu Risau Anak Jadi Ganas Lepas Tonton Siri Kartun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang ibu terkejut dengan perubahan sikap dan personaliti anak lelakinya yang lembut dan sopan bertukar menjadi ganas dan kejam selepas menonton watak Huggy Wuggy dalam satu siri kartun di YouTube.

Tidak mahu kejadian yang buruk berlaku kepada keluarga yang lain, Miemie Nurul Tmj kemudiannya membuat hantaran berikut di Facebook bagi menasihatkan ibu bapa di Malaysia agar segera membuat pemantauan bahan tontonan anak masing-masing.

Kartun Ganas Huggy Wuggy

🚨 ATTENTION PARENTS🚨

#HuggyWuggy or #PoppyPlaytime

😡😤😡😤..

Kartun ni dah diharamkan oleh saya dan suami untuk anak-anak, sebab apa, sebab kartun ni betul-betul tak layak untuk ditonton anak-anak kita, dia banyak unsur-unsur ganas dan bodoh-bodoh di luar moral…

Kalau anak kau orang dah obses dengan patung ni elok BERHATI-HATILAH OKEY….

Anak-anak tengok YouTube cerita ni personalitinya totally akan berubah, MACAM anak saya yang lelaki, dia jenis yang soft spoken punya orang, tak pandai sangat nak marah dan berkasar dengan adik-beradiknya…

Tapi hari tu dia tiba-tiba pandai marah then ambik GUNTING nak cucuk adik dia yang masih kecil tu. Saya menjerit sehabis suara nak larang dia, lepas saya ambik gunting di tangan, saya tanya dia and siasat kenapa dia boleh terfikir nak buat MACAM tu. Rupanya selama ni dia duduk melayan kartun ni dekat YouTube. Saya rasa cuai seketika time tu, dia sendiri yang cakap dalam cerita kartun tu selalu buat MACAM ni ganas-ganas MACAM ni..jadi abang ikut katanya 🤦🏻‍♀️Allahhu,❗

Kartun Ganas Huggy Wuggy

Now saya stopkan anak-anak tengok YouTube cerita kartun ni, apa yang dia orang nak tengok, saya pantau dulu, kalau saya izin baru dia orang boleh tengok.

Ketahuilah kau orang, cerita ni dan ada beberapa lagi cartoon lain sekarang ni banyak yang merosakkan minda anak-anak kita..

MACAM cerita kartun ni, content dia untuk parent, family harus dibunuh…tak ada orang sayang kau as Huggy Wuggy loves you… kau orang tak percaya??? Try duduk sama dengan anak-anak kau orang, tengok jalan cerita dia MACAM mana…😑

Kartun Ganas Huggy Wuggy

So parents please alert dengan anak-anak kau orang, pantau TV, handphone, iPad dia orang…block cerita kartun yang ada unsur-unsur ganas MACAM ni…

Jangan pulak kau orang pergi marah anak tu, dia orang tak faham..kita parentlah yang tolong pantau dia orang ❤️

BACA: ‘Agenda Sesat Makin Berleluasa’ – Ibu Bapa Diseru Pantau Tontonan Anak-Anak

Sumber: Miemie Nurul Tmj