
Amber Heard Mungkin Dipenjarakan, Pengganti Watak ‘Mera’ Jadi Persoalan
Kontroversi perceraian Amber Heard dan Johnny Depp seakan menghampiri penghujungnya apabila Heard dikatakan berkemungkinan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun atas kesalahan memalsukan bukti bagi mendapatkan perintah penahanan sementara terhadap Depp.
Depp sebelum ini menuntut USD50 juta (RM200 juta) daripada Heard susulan fitnah yang mengatakan beliau melakukan penderaan domestik kepada bekas isterinya itu.
Sekiranya Heard dibuktikan bersalah, berkemungkinan besar watak Mera dalam sekuel Aquaman 2 akan digantikan dengan pelakon lain. Namun begitu, ada yang menjangkakan Heard tetap akan memegang watak Mera sekiranya beliau tidak didapati bersalah dan Depp memenangi tuntutan tersebut.
Sebelum ini, satu petisyen telah dinaikkan bagi mendesak Amber Heard disingkirkan daripada memegang watak Mera dalam filem Aquaman 2.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi London mendedahkan kira-kira 70,000 mesej ugutan bunuh didapati daripada Depp antaranya pada November 2013 (dua tahun sebelum kedua individu ini berkahwin) yang dihantar Depp kepada rakan pelakonnya, Paul Bettany.
Dihantar di bawah pengaruh dadah dan alkohol, 13 Mac tahun lalu, Depp telah mendedahkan satu rakaman audio yang mana Heard telah mengakui bahawa telah melakukan kekerasan terhadap Depp.
Heard menceritakan kepada umum bahawa Johnny Depp telah menderanya secara fizikal sepanjang 18 bulan menjalani bahtera perkahwinan sehingga menyebabkan karier Depp digantung Disney dan beliau digugurkan daripada francais Pirates of the Carribean.
BACA: Johnny Depp Dikatakan Bakal Bawa Watak Joker Dalam Filem ‘The Batman’
Pasangan kontroversi berkenaan kemudian berpisah secara rasmi pada 2017.
Sumber: Cosmic Book
Trending now



