Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Ke Israel Tidak Palestin

Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Jika Rakyat Palestin Letak Alamat Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syarikat e-dagang Amerika Syarikat, Amazon dikecam hebat berikutan hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke Israel.

Rakyat Palestin hanya akan menerima kelebihan perkhidmatan ini sekiranya mereka memilih alamat di Israel untuk pesanan USD49 (+-RM203) ke atas.

Amazon Hanya Tawarkan Penghantaran Percuma Ke Israel Tidak Palestin 1

Menurut siasatan di Tebing Barat oleh The Financial Times, sekiranya masih meletakkan alamat di ‘Wilayah Palestin’, pengguna terpaksa membayar sekitar USD24 (+-RM99) untuk kos penghantaran.

Awal minggu lalu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan senarai 112 syarikat yang terbabit dengan aktiviti di penempatan Israel dan Amazon tidak termasuk di dalamnya.

BACA: Airbnb, Booking.com Antara 112 Syarikat Berkait Dengan Penempatan Haram Israel

Perkara ini jelas memberikan gambaran bahawa hanya satu kumpulan dalam wilayah sama diberikan keistimewaan kerakyatan menyebabkan banyak organisasi hak asasi manusia mengkritik dasar Amazon yang mengamalkan ‘diskriminasi secara terang-terangan antara bakal pelanggan berdasarkan kewarganegaraan mereka’.

Terdahulu, sumber dalaman memberitahu bahawa penggodaman telefon bimbit pemilik dan pengasas Amazon telah digodam oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman (MBS).

Menurut siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telefon bimbit  Jeff yang diceroboh pada 2018 melalui pesanan mesej WhatsApp itu dipercayai daripada akaun milik Putera Mahkota MBS.

Penggodaman itu membawa kepada penyedutan sejumlah besar data termasuklah penyebaran foto serta mesej intim milik Jeff sehingga membawa kepada penceraian rumah tangga beliau.

Sumber: The Times Of Israel