Amang Seksual

Amang Seksual – Pentingnya Pendedahan Yang Lebih Luas Untuk Beri Kesedaran Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kes amang seksual atau ‘sexual grooming’ yang masih lagi kerap dilaporkan berlaku di Malaysia ketika ini dilihat semakin membimbangkan.

Ini menunjukkan betapa pentingnya pendedahan yang lebih luas dan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia ini.

Menyedari hakikat ini, Wan Nur Syakira memainkan peranan dan tanggungjawab sosialnya telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi mengajak orang ramai agar lebih cakna mengenai perkara serius ini.

Amang Seksual

Amang seksual/sexual grooming boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang punya akses dengan anak-anak.

Dalam kebanyakan kes, memang yang jadi pemangsa ini saudara terdekat, orang yang dikenali, orang yang dipercayai.

Bahkan oleh ibu ayah sendiri.

Pemangsa ni juga biasanya sangat pandai berlakon dan soft spoken, sebab tu dia berani dan sabar buat sexual grooming.

❗Sexual grooming ini bukan berlaku sekejap, ambil masa.

Jika betul teknik yang pemangsa guna, memang ramai yang terpedaya.

⭐Pemangsa sangat bijak memanipulasi psikologi mangsa.

😣 Lagi menakutkan, ada mangsa tak sedar dia sedang dimanipulasi dan di”grooming” oleh pemangsa .

6 PERINGKAT SEXUAL GROOMING

1️) Sasarkan mangsa

2️) Mendapatkan kepercayaan dari mangsa

3️) Memenuhi keperluan mangsa

4️) Mengasingkan mangsa dari alam sekeliling

5️) Mula berbicara tentang elemen seksual

6️) Mengekalkan kawalan terhadap tingkah laku dan minda mangsa

Nampak tak step tu?

Sikit demi sikit.

💻Pengantunan ini boleh berlaku di mana-mana platform media sosial.

Facebook, Instagram, Wechat, Tiktok, Twitter.

Bahkan di dalam permainan online/games.

👉Jadi, selalulah pesan dan pantau penggunaan gajet dan media sosial anak-anak.

Beritahu apa baik dan buruk bila ada media sosial.

👉 Jangan biarkan anak selesa berbual dan berborak dengan strangers di media sosial hatta di dalam aplikasi permainan online.

👉 Tanam kemas dalam minda anak berkenaan safe dan unsafe touch, aurat, dan private part.

Wan Nur Syakira
Pendidikan Seksualiti Bermula Dari Rumah.

#pendidikanseksualitibermuladarirumah

BACA: Sexual Grooming: Proses Penjenayah ‘Mendandan’ Mangsa Sebelum Lakukan Jenayah Seksual

Sumber: Wan Nur Syakira