
Amalan Membiarkan Sahaja Bateri Dicas Walaupun Sudah Penuh 100% Boleh Undang Padah?
Ramai percaya bateri yang telah dicas penuh 100% adalah merbahaya dan boleh terbakar sekiranya pengguna masih tetap membiarkannya dicas secara berterusan semalaman.
Terdapat juga kemusykilan di kalangan orang ramai mengenai berapakah peratusan tahap kuasa bateri yang paling ideal sebelum pengguna wajar mengecasnya.
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, Dr Aid Fawzal telah membuat hantaran bermanfaat berikut di Facebooknya yang boleh dijadikan sebagai panduan kita bersama.
Ikuti penjelasan dari beliau ini.
Waalaikumussalam. Untuk menjawab soalan berkenaan bateri ni, saya telah berbincang dengan Dr Muin Maharun. Beliau adalah Jurutera Kanan Sel Bateri (Senior Cell Battery Engineer) di sebuah syarikat pembuat peralatan premium di UK.
Di bawah adalah jawapan daripada perbincangan kami…
S1: Adakah boleh cas semalaman walaupun sudah penuh (100%)
Boleh.
Peralatan elektrik/elektronik masa kini telah dilengkapi dengan litar pengecas (charging circuit) yang akan memutuskan bekalan elektrik (cut off) sesudah mencapai 100%.
Pun begitu, setiap produk mempunyai strategi mengecas (charging strategy) dalam BMS (battery management system) yang tersendiri terhadap ini.
Kebanyakannya akan putus bekalan bila dah 100% dan akan mula charge kembali bila nilai mula berkurangan.
——
S2: Peratus paling idea untuk cas, atau 0% tidak memudaratkan?
Pak bateri/cell telah dikira kapasitinya. Walaupun ia menunjukkan 0%, ini tak bermakna ia betul-betul kosong.
Sama macam meter minyak kereta. ‘E’ pada minyak kereta tak bermaksud minyak habis langsung (Empty).
Berbalik kepada Soalan 2.
Peratusan yang baik untuk mula mengecas adalah bila bateri sudah lemah.
Ini kerana bateri mempunyai had kiraan (cycle count limit) yang membenarkan bateri tersebut dicas. Contohnya had 1,000 kali. Lihat gambar ke 2 untuk contoh ‘cycle count’.
Jadi adalah baik jika kita mula mengecas bila bateri sudah lemah dalam sekitar bawah 20% SOC (state of charge).
Walaupun 0% tak mudarat, tapi ia boleh memberi kesan yang lain seperti kalau PC, lupa save hilang data. Kalau kereta EV, tak jumpa charging station.
Dr Muin Maharun & Dr Aid Fawzal
Gambar 2: Apple
BACA: Bahaya Dan Boleh Membawa Maut, Elak 12 Perbuatan Ini Ketika Mengecas ‘Handphone’
Sumber: Dr Aid Fawzal
Trending now



