Founder Melayu

Amalan Bisnes Oleh ‘Founder’ Melayu Dan Bezanya Dengan Kaum Lain

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terlalu banyak kisah yang kita dengar setiap hari berkaitan dengan kejayaan dan kekayaan founder produk dan ‘sifu bisnes’ di Malaysia.

Wajah-wajah mereka kini sering terpampang di mana-mana dan sudah menjadi kewajipan untuk muncul setiap hari di media sosial.

Ada yang bangga tayang rumah besar siap dengan kolam renang, deretan kereta mewah, barangan kemas dan juga sering dilihat bergaya dengan duit tunai berkepuk-kepuk.

Amalan tersebut dibuat agar orang ramai lebih mengenali mereka serta sebagai inspirasi dan pembakar semangat untuk orang lain turut serta mengikut jejak langkah mereka dalam bisnes yang sama.

Kebanyakan dari pengasas produk atau founder yang mengamalkan sikap sedemikian memang tidak lain dan tidak bukan ialah dari golongan berbangsa Melayu.

Walaupun ianya tidak menjadi kesalahan, namun amalan bisnes sebegini agak berbeza dengan kaum lain yang terdapat di Malaysia.

Seperti yang diceritakan oleh Adli Azamin Shukri di Facebooknya berikut, terdapat perbezaan yang ketara di antara sikap founder Melayu dan Cina.

Meskipun begitu, hantaran yang dibuat oleh beliau ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri dan merupakan persepsi dan pandangan peribadi semata-mata.

Poster filem dan dokumentari yang beliau sertakan juga hanyalah sekadar hiasan dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan founder Melayu.

Founder Melayu

Masa baru kerja dulu saya banyak join syarikat Cina, outstation berdua dengan bos Cina, kongsi bilik hotel berdua dengan rakan kerja Cina, masa ekonomi gawat outstation tidur rumah stokis Cina, masa tu mak saya risor beno.

Ini beza founder Melayu dengan Cina pada pandangan saya. Gaya founder ni banyak dipengaruhi oleh budaya pembeli, yang ni ikut pengalaman saya lah. Lain padang lain belalang ya.

  1. Founder Cina peringkat awal tak suka bakal pelanggan tahu dia tu founder. Dekat business card pun tulis nama dan marketing department, tu je.
  2. Melayu mahu bakal pelanggan tahu dia tu founder, bukan sekadar business card, tempek gambar dekat billboard lagi. Bukan salah ye, itu masing-masing punya taktik maaa.
  3. Pembeli Cina ni sebelum “close deal” dia akan nego the best price yang dia boleh dapat, kaut dulu apa saja benefit yang dia boleh kaut.
  4. Ada stokis Cina bawah saya dapat 100% consignment dari HQ, gile kau, ada stokis yang company cover meeting room setiap kali meeting di hotel, ada leader yang dapat elaun bulanan RM5K sebulan, macam – macam lagilah bukan semua dapat tau, terpilih. Kau fikir depa boleh dapat semua tu kalau founder tak approve?
  5. Depa cari founder, kau founder kan, kau boleh buat keputusan, founder apa kalau keputusan pun nak refer GM. Lemahhh. Aku janji sekian sales, kau support itu ini, tu dia punya deal. Tapi ramai juga founder Cina yang kena kencing dengan stokis dan leader bagai ni.
  6. Jadi bagi founder, kau tak payah kenal aku lah, tak payah nak ngadap aku, buat susah je, nak deal business pergi jumpa GM atau Sales Manager, done. Aku founder nak untung duit kau je.
  7. Pelanggan Melayu lain, jika jumpa founder depa kagum, tanya resepi kejayaan, depa dengaq cakap, bagi depa nak berjaya kena ikut cakap founder, nanti kita boleh berjaya macam dia.
  8. Sebab tu founder Melayu akan tunjuk kejayaan dia, tunjuk kemewahan, tunjuk hidup dia yang boleh berubah dengan cepat, aku ada “secret recipe” untuk kaya dan berjaya, tiru macam saya. Nampak. Kau pun hikut.
  9. Cina tahu tiada “secret recipe” dalam business, semua orang yang nak berjaya perlu hard work, perlu ilmu, perlu disiplin, perlu network, itu semua bukan secret maaa, semua pun tau. Kisah orang biasa jadi kaya sebab ada formula rahsia susah jalan dalam masyarakat Cina.
  10. Banyak saya baca kata founder Melayu ni kuat menunjuk, ada betulnya, tapi founder Melayu yang baik pun ramai. First ubah dulu cara kita lihat depa, cara kita layan tu yang buat setengah depa tu makin galak. Cuba kau jumpa founder yang show off tu kau mintak macam Cina tu mintak pada founder depa, ada berani? Sama ada kau founder atau stokis dunia sekarang kena hati-hati, apa pun akhirnya balik pada hati, jaga niat. Sekadar berkongsi.

Universiti Realiti
Adli Azamin Shukri

Foto: ini movie, sekadar hiasan

Sumber: Facebook Adli Azamin Shukri