‘All You Need Is Love’ Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong 4

‘All You Need Is Love’ Filem Komedi Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dihasilkan untuk mengumpulkan dana buat pekerja industri yang terjejas disebabkan wabak pandemik, filem All You Need Is Love merupakan filem drama komedi Hong Kong yang diarahkan oleh Vincent Kok.

BACA: ‘A Love So Beautiful (2020)’ Remake Drama Popular Dari China

Mengisahkan mengenai sekumpulan pelawat hotel yang terpaksa dikuarantin bersama selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19, filem ini menjadi perhatian kerana menampilkan barisan pelakon lagenda Hong Kong.

‘All You Need Is Love’ Kumpulkan Barisan Pelakon Lagenda Hong Kong 3

Ini termasuklah Louis Koo, Jackie Chan, Tony Leung Ka-Fai, Francis Ng, Gordon Lam, Alex Fong, Julian Cheung, Louis Cheung, Sam Lee, Fiona Sit, Carlos Chan, Michael Hui, Chrissie Chau, Eric Tsang, Yuen Qiu, Chin Ka-Lok, Ken Lo dan Cecilia So.

Dengan barisan pelakon yang sering menghiasi zaman kanak-kanak dan remaja, pastinya penonton teruja dalam masa yang sama tetap terhibur dengan aksi-aksi mereka.

Bakal menemui anda di pawagam 22 April ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem All You Need Is Love di pautan bawah:

Sebut sahaja Kung Fu Hustle, rata-rata mengenali filem aksi komedi arahan Stephen Chow ini. Walaupun selepas 15 tahun, filem ini masih lagi mendapat tempat di hati para peminat.

Selepas ditayangkan pada 2004, ramai yang menantikan sekuel daripada filem ini dan selepas berbelas tahun, penantian ini akhirnya bakal berakhir dalam masa terdekat.