Alergi Seafood

Alergi Makan ‘Seafood’ Sebenarnya Boleh Bawa MAUT! Doktor Kongsi Kisah Menginsafkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang gemarkan makanan laut atau ‘seafood’ walaupun ada simptom alergi seperti kegatalan atau ruam merah pada anggota badan selepas menikmati hidangan tersebut.

Sebenarnya, gejala seperti itu tidak harus dibiarkan sahaja. Ianya sangat merbahaya untuk dibiarkan pulih sendiri.

Persepsi yang salah ini diperbetulkan oleh Dr. Arisman, MD. yang berkongsi kisah pengajaran berikut di Facebooknya untuk iktibar bersama.

Alergi Seafood

HAMPIR MATI SEBAB “ALLERGIC REACTION”

Tepat jam7.50 pagi, saya menerima call dari triage counter (kaunter saringan), MA beritahu saya ‘’Doktor, ada seorang perempuan dewasa, complaint of palpitation, look weak, ambulating with support, with generalise skin rashes. Nampak macam allergic reaction. Very bad’’

Saya terus letakkan ganggang telepon dan terus pergi ke bilik rawatan.

Saya melihat tanda vital pesakit, iaitu tekanan darah pesakit sedikit rendah, nadi laju dari normal dan kandungan saturasi oksigen masih paras normal. Tiada demam.

Saya terus berkomunikasi dengan pesakit, yang mana soalan-soalan saya mengarah kepada punca dan tanda-tanda allergic yang bahaya.

Pesakit tersebut memberitahu kepada saya, dia sebenarnya allergi kepada seafood sebelum ni dan ruam gatal hanya muncul kadang-kadang sahaja. Pesakit akui dia ada makan seafood semalam waktu dinner. Omg!🤦‍♂️

Ramai diluar sana menganggap allergic reaction ini seperti gatal-gatal dan ruam merah pada badan adalah BIASA. Beberapa minit nanti gejala tu akan pulih sendiri. So tak perlu risau. Ini persepsi SALAH.

Tetapi bagi pesakit yang pernah menerima serangan alergi yang teruk, pasti mereka sudah mula takut or TRAUMATISED apabila dapat serangan alergi atau alahan kali kedua walaupun cuma rasa gatal-gatal sahaja, kerana mereka sudah tahu apa komplikasi yang teruk bakal berlaku jika tidak dirawat dengan segera.

HIngga sekarang, dia masih ada muntah-muntah dan berak-berak lebih 4x, dia juga merasa jantung debar-debar, rasa nak pengsan, dan ruam merah pada seluruh badan. Tengah malam tadi mata dan bibir dia mula bengkak tetapi mula surut pagi ni.

Baik, semua tanda-tanda yang pesakit ini sedang alami adalah termasuk dalam kategori ALLERGIC REACTION YANG BERAT ATAU SERIUS, we call this as an ANAPHYLACTIC REACTION. (Boleh tengok dalam gambar)

Alergi Seafood

Why terjadi macam tu? Hah.. ni ramai orang beranggapan allergi ni tunggu satu-dua hari nanti hilanglah tu, boleh sembuh sendiri, cuma makan ubat tahan gatal je dulu. Ni ramai yang mempunyai persepsi rawatan allergi yang salah.‼️

===================================

Alergi Seafood

Allergic reaction adalah penyakit HYPERSENSITIVITY REACTION, dengan erti kata mudah adalah benda tertentu yang masuk ke dalam badan kita atau sentuh pada kulit kita, menghasilkan tindak balas menyerang sel-sel badan normal yang di anggap sebagai benda asing. Maka berlakulah serangan bermacam-macam untuk cuba mengusir benda asing tersebut dari badan.

Jam sudah menunjukkan 8.10 minit, Alhamdulillah pesakit masih sedar dan berkomunikasi dengan baik, disamping beliau, ada anak kecilnya berusia lebih kurang 8 bulan..saya memanggil suami pesakit dan menjelaskan keadaan pesakit sekarang perlukan rawatan rapi dan akan dirujuk ke hospital terdekat setelah kita stable kan keadaan dia. Suami dan anak pesakit menunggu diluar bilik rawatan kami.

Saya memeriksa sekali lagi bacaan tanda-tanda vital pesakit, dan menunjukkan tekanan darah beliau semakin rendah… Alamak..😰

* Jangan risau, pada awal lagi saya dah order injection supaya my MA prepare, saya masukkan BRANULA untuk laluan ubat dan IV Drip telah pun dipasang pada awal pemeriksaan lagi untuk naikkan tekanan darah dan kurangkan kecepatan nadi. Kes seperti ini perlu rujukan ke hospital untuk pemantauan dan takut ada delayed allergic reaction. my MA da buat panggilan ambulance juga.

Jantung beliau masih berdebar-debar (palpitation), dan bacaan nadi jantung pada machine tiba-tiba naik mendadak atau cepat dan menunjukkan 150 bpm (wooowwwwooo ini sangat tinggi kak.. saya dah makin cuak dan risau, dia boleh ke arah collapse pada bila-bila masa 🥶😱🥵)

Saya terus mengarahkan my MA untuk berikan saya satu ampul ADRENALINE dalam emergency trolley.. terus saya suntik pada bahu pesakit. Keadaan semakin cemas, saya terus memerhatikan tanda-tanda vital dan kesedaran pesakit.

Dipendekkan cerita, pada saat pesakit mengalami tiba-tiba serangan seperti HEART ATTACK tersebut, keadaan sudah seperti kelam kabut dan dia bercakap terputus-putus ‘.. sy masih ingat dia berkata ‘doc… nafasss… sakitttttt.. doc”

Alhamdulillah, Allah bantu kami sembuhkan keadaan pesakit selepas injection adrenaline tersebut.

Tanda vital mula stabil kembali.. 10 minit kemudian, Van ambulan sampai untuk membawa pesakit ke jabatan kecemasan untuk pemantauan lanjut. Suami pesakit juga sudah maklum.

Alhamdulillah.. tiada yang buruk berlaku. Apa yang buruk? sudah pasti JANTUNG BERHENTI. Semua doktor tidak mahu berhadapan dengan JANTUNG BERHENTI tiba-tiba. Jika tidak ada kelengkapan yang cukup dan kemahiran, sudah pasti ajal menjemput awal.

Dr. Arisman, MD
“Sama-sama belajar”

#DrArisman #medicallife #GP #repost #reshare

BACA: “Hati-Hati Makan Ikan Sekarang” – Ramai Tidak Sedar Kehadiran Mikroplastik Boleh Jadi Penyebab Penyakit

Sumber: Dr. Arisman, MD.