alchemy stars

Alchemy Stars, Permainan Mudah Alih RPG Fantasi Yang Penuh Futuristik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Alchemy Stars merupakan permainan mobile game bergenre strategi RPG yang dibangunkan oleh TourDogStudio. Pemain dikehendaki mengumpulkan kesemua hero dan susun strategi pasukan bagi menewaskan musuh.

Jalan cerita yang ringkas dan dinamik ini ditulis oleh Tadashi Satomi yang merupakan penulis yang bertanggungjawab untuk membangunkan jalan cerita serta persona setiap watak dalam game ini.

Mengisahkan tentang dunia Astra yang dihuni oleh Aurorians dan Caelestites untuk masa yang amat lama. Walau bagaimanapun, kedamaian tidak berkekalan apabila Astra diserang oleh makhluk gelap yang dikenali sebagai Eclipsites.

alchemy stars

Pemain akan mengambil peranan sebagai satu-satunya bangsa Caelestites yang hidup, membantu para pejuang Aurorian untuk mengalahkan Eclipsites.

Terdapat lebih daripada 80 watak berbeza yang dibahagikan kepada 6 puak yang berbeza untuk dikumpulkan oleh pemain. Setiap watak ini mempunyai kemahiran unik yang berguna semasa pertempuran. Di Alchemy Stars, pemain perlu memadankan jubin bersebelahan dengan warna yang serupa untuk mengaktifkan serangan watak mereka.

kbp_alchemystars_pic3

Dari segi grafik, permainan ini menampilkan ilustrasi sci-fi dan fantasi yang menarik. Di samping itu, setiap watak dalam permainan ini menggunakan pelakon suara dari Jepun.

Permainan ini tersedia dalam bahasa Inggeris, Jepun, dan Korea. Bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran berhak mendapat banyak hadiah untuk membantu anda memulakan pengembaraan anda.

Muat turun Alchemy Stars di Google Playstore dan di Apple Store di sini sekarang!

BACA: Lelaki Ini Sewa Pawagam Semata-Mata Untuk Bermain Mobile Legends Dan PUBG