Alami Krisis Kewangan, Apa Nasib Panda Di Zoo Negara 2

Alami Krisis Kewangan, Apa Nasib Panda Di Zoo Negara?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia bermula Mac lalu akibat pandemik COVID-19, Zoo Negara beberapa kali ditutup.

Alami Krisis Kewangan, Apa Nasib Panda Di Zoo Negara 3

Susulan daripada itu, Zoo Negara mengalami krisis kewangan disebabkan tidak dapat menjana pendapatan melalui penjualan tiket masuk.

BACA: Didakwa Singa Kurus Walaupun Pelbagai Dana Diterima, Ini Penjelasan Dari Pihak Zoo Negara

November lalu, Bernama melaporkan dengan kos operasi sebulan secara purata mencecah RM1 juta – termasuk pembayaran gaji kakitangan (RM400,00), keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air (RM40,000), tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan  kira-kira tiga bulan sahaja lagi.

Apa nasib panda di Zoo Negara?

Ramai yang tertanya-tanya apa nasib tiga ekor panda dari China yang menjadi simbol hubungan diplomatik dengan Malaysia berada di Zoo Negara sekarang?

Alami Krisis Kewangan, Apa Nasib Panda Di Zoo Negara 2

Berfungsi sebagai entiti perniagaan, panda di Zoo Negara tidak boleh dipindahkan ke mana-mana zoo diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana ia tertakluk di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Menurut Pengerusi Persatuan taman-Taman Zoologikal dan Akuaria Malaysia (MAZPA), pihak zoo dan pameran tetap (ZPT) di Malaysia tidak mempunyai kuasa dan autoriti dalam menentukan pemindahan serta penempatan panda berkenaan kerana lokasi penempatannya di Zoo Negara adalah berdasarkan keputusan kerajaan persekutuan yang mana kos pembinaan tempat pameran dan sebagainya ditanggung kerajaan.

Alami Krisis Kewangan, Apa Nasib Panda Di Zoo Negara 1
Yiyi, anak kedua pasangan panda gergasi di Zoo Negara yang akan berada di Malaysia selama empat tahun bermula 2019.

Kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang media Pengumuman Kelahiran Haiwan dan Spesis adalah untuk menjawab desakan Persatuan Haiwan Malaysia supaya haiwan berkenaan dipulangkan semula ke China memandangkan kos penjagaannya yang tinggi termasuklah premium tahunan insurannya yang melebihi RM500,00 setahun.