Facebook Mahu Kurangkan Boomers Golongan Muda

Akui TikTok Pesaing Terkuat, Mark Zuckerberg Mahu Kurangkan Pengguna Boomers Di Facebook

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mark Zuckerberg Mahu Kurangkan Pengguna Boomers Di Facebook.

Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan telah menukar nama korporat Facebook kepada Meta sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dibuat syarikat tersebut.

Penjenamaan semula itu menumpukan kepada usaha membangunkan “metaverse” iaitu persekitaran maya yang menurutnya akan menggantikan internet mudah alih.

Namun, perubahan itu tidak terpakai pada platform individunya, seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp, hanya syarikat induk yang memilikinya.

Zuckerberg, ketika berucap di persidangan realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) syarikat itu, berkata bahawa nama baru tersebut mencerminkan usahanya membuat pelaburan dalam metaverse, bukan setakat menukar nama khidmat media sosialnya yang akan terus dipanggil Facebook.

Facebook Mahu Kurangkan Boomers Golongan Muda

Dapat dilihat usaha beliau mahu membuatkan Facebook kekal relevan memandangkan usia platform media sosial ini semakin lanjut.

Mungkin agak tertekan melihat pertambahan pesaing mereka seperti TikTok yang digilai golongan muda, Zuckerberg mengatakan akan mengoptimasikan Facebook dalam memfokuskan lebih kepada pengguna muda; bagi mereka yang berusia antara umur 18 tahun ke 29 tahun.

Pengumuman ini diiringi dengan beberapa ciri baharu yang lebih digemari generasi muda dan mengurangkan pengguna daripada golongan tua ataupun boomers.

‘Retooling’ untuk generasi muda

Zuckerberg mengatakan untuk dekad yang lepas, Facebook telah berkembang dengan pesat, dan mereka memfokuskan kepada semua golongan pengguna. Namun, ini memberikan kesan dalam menarik pengguna baharu ke platform mereka.

Perkara ini disebabkan ketika ini Facebook melihat penurunan pengguna remaja dan golongan belia. Dinyatakan Facebook lebih didominasi oleh pengguna boomers.

Sebagai langkah awal ‘retooling’, Facebook dan Instagram dijangka akan lebih memfokuskan kepada kandungan video. Instagram sendiri sedia memberikan lebih penekanan kepada kandungan Reels – yang kita tahu secara jelas ia pesaing TikTok.

Facebook mengatakan mereka masih menjaga golongan yang sedang mendominasi platform mereka cumanya selepas ini lebih memfokuskan golongan muda. Justeru, Zuckerberg menggelarkan golongan muda ini sebagai ‘bintang utama’ di mata Facebook.

Facebook Mahu Kurangkan Boomers Golongan Muda

Memetik sumber Yahoo Finance, satu tinjaun yang dibuat oleh Piper Sandler baru-baru ini menunjukkan bahawa pengguna Instagram dalam kalangan remaja rata-ratanya memiliki Facebook.

Namun tinjauan yang sama mendapati, 81% daripada remaja ini menggunakan Instagram, angka tertinggi berbanding dengan enam platform yang dibanci oleh mereka.

77% pula menggunakan Snapchat, manakala 73% lagi menggunakan TikTok. Hanya 27% sahaja remaja kini aktif menggunakan Facebook walaupun ramai antara mereka memiliki akaun Facebook.

Aplikasi Facebook lebih popular dalam kalangan Boomers iaitu sebanyak 71% pengguna berusia 56 tahun ke atas pada 2020.

Zuckerberg percaya bahawa ini adalah pendekatan yang betul untuk membina komuniti dan syarikat mereka dalam jangka masa panjang.

Sumber: Yahoo Finance