
Akui Tak Mudah Bertutur Bahasa Melayu, Ini Respond Vivy Tentang Kecaman Cabaran ‘BM Challenge’
Walaupun sudah empat hari berlalu, nama Vivy Yusof masih kekal dalam senarai trending di sosial media Twitter gara-gara cabaran ‘BM Challenge’ yang beliau mulakan.
Umum sedia maklum, figura wanita bekerjaya ini sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian termasuklah komunikasi antara keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.
Sedar dengan perkara itu, Vivy cuba mencabar dirinya bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu formal selama 24 jam.
Walaupun kedengaran agak janggal dan sedikit pelat, itu tetap tidak mematahkan semangat Vivy untuk meneruskan cabarannya.
DI ruangan komen, Vivy dikritik hebat kerana dilahirkan sebagai anak Melayu namun tidak fasih berbahasa Melayu. Tidak malu mengakuinya, Vivy menganggap ianya adalah cabaran dan masih berfikir secara positif.
“No matter how nice you are, not everyone gonna like you.”
-Vivy YusofNailed it! pic.twitter.com/mTAOur5OFe
— Quilliam (@asmidar_iq) August 30, 2019
Biasa sahaja rasanya cabaran Vivy ini. Iyalah tidak semua orang fasih berbahasa Melayu. Ada yang fasih berbahasa Melayu tetapi tidak berbahasa Inggeris. Tetapi ada juga golongan yang fasih keduanya.
Jadi, anda pula bagaimana?
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1gY4m9nqYv/
Trending now



