Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan Tak Tangani Koronavirus Akui Rahsiakan

Akui Rahsiakan Tentang Koronavirus Sebelum Menular, Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang  akui rahsiakan mengenai koronavirus sebelum ianya menular.

Sudah diiktiraf sebagai darurat kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus korona kini dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 259 nyawa dengan kes dijangkiti kini sudah hampir mencecah 10,000.

Susulan dengan penularan wabak berkenaan, Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang hujung minggu lalu mengumumkan kesediaannya untuk meletakkan jawatannya sekarang.

Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan Tak Tangani Koronavirus Akui Rahsiakan

Beliau turut mengakui bahawa pihak berkuasa di bandar Wuhan gagal dan ‘lemah’ untuk mendedahkan maklumat mengenai wabak ini pada waktu yang tepat bagi menanganinya dengan lebih awal.

BACA: Wabak Koronavirus: Doktor Saran Tangguh Beli Barangan Dari China, Ini Jawapan Shopee

Bukan itu sahaja, Xianwang turut mengakui bersalah dan akui rahsiakan  wabak berkenaan selepas mengesannya sebelum menularnya ke serata dunia.

Menurut Xianwang, mengikut peraturan yang ditetapkan beliau tidak boleh melakukan apa-apa selagi tidak mendapat kebenaran daripada pentadbiran Beijing kerana Beijing turut memerlukan kelulusan daripada kerajaan pusat sebelum maklumat mengenai wabak berkenaan dimaklumkan kepada umum.

Datuk Bandar Wuhan Sanggup Letak Jawatan Tak Tangani Koronavirus 2

Salah satu punca penularan wabak berkenaan kepada dunia luar, lebih kurang lima juta penduduk di bandar Wuhan telah keluar sebelum bandar tersebut dikuarantin pentadbiran China.

Sanggup meletakkan jawatan demi kebaikan dalam mengawal wabak dan keselamatan hidup rakyat, Xianwang dan pembantu Parti Komunis Wuhan, Ma Guoqiang kini bersedia menerima segala tindakan di atas kecuaian pihak pentadbiran Wuhan.

BACA: Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini

Sehingga kini, tiada lagi vaksin ditemui untuk virus korona yang sudah merebak ke 18 buah negara.

Sumber: Think China