Orang Ramai FaceTime Dengan Belut

Akuarium Di Tokyo Seru Orang Ramai ‘FaceTime’ Dengan Belut Untuk Hilangkan Kemurungan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akuarium di Tokyo seru orang ramai ‘FaceTime’ dengan belut untuk hilangkan kemurungan.

Penutupan beberapa industri akibat pandemik COVID-19 telah menyebabkan kesukaran kepada masyarakat dunia termasuklah hidupan lain sepeti belut ini.

Setelah sekian lama tidak menerima kunjungan daripada manusia, penjaga sebuah akuarium di Jepun mula bimbang jika belut spesies garden eel peliharaan pusat tarikan itu mula lupa atau takut berjumpa dengan orang ramai.

Penjaga akuarium itu memuat naik video di media sosial, memberitahu belut bersembunyi dari permukaan tanah di akuarium setiap kali mereka menghampiri dan untuk itu mereka memohon orang ramai agar berinteraksi dengan belut menerusi panggilan video FaceTime.

Lima buah iPad diletakkan di luar tangki bagi memudahkan orang ramai melihat ke dalam ruang habitat buatan spesies belut berkenaan.

Kebiasaannya, belut-belut kecil itu akan muncul dari permukaan tanah di akuarium itu dan menggoyangkan tubuh badannya ketika diperhatikan manusia. Namun, akibat lama tidak berjumpa dengan manusia, kira-kira 300 ekor belut itu mula menunjukkan perubahan menjadi ‘murung’.

Selepas mencadangkan idea untuk orang berinteraksi dengan belut melalui panggilan FaceTime, kesemua belut itu akhirnya mula menampilkan diri secara beransur-ansur dan tidak ‘murung’ seperti sebelumnya.

Orang Ramai FaceTime Dengan Belut

Dengan itu, dapatlah penjaga akuarium memeriksa belut-belut itu untuk memantau kesihatan dan pembiakannya dengan mudah.

Fakta tentang belut (garden eel)

  • Belut spesis garden eel hidup di liang berpasir sehingga yang mereka gali terlebih dahulu dan melapisi lubang dengan lendir agar tidak runtuh.
  • Turut dikenali ‘little builder’ di laut
  • Ketika musim mengawan, belut jantan dan betina bergerak lebih dekat antara satu sama lain
  • Mereka hidup dalam koloni dengan beberapa ratus belut dan setiap belut memiliki liang sendiri.
  • Ketika kita melihat mereka, biasanya hanya satu perempat dari tubuh mereka yang keluar dari pasir

Interaksi spontan antara ikan dengan pengunjung pusat berkenaan sudah menjadi kebiasaan selama ini, sama seperti kisah sesetengah haiwan di zoo yang sudah ‘terbiasa’ berhubung dengan manusia.

Perintah darurat atau sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19 telah membuatkan kebiasaan itu terhenti secara mendadak.

Ada sesetengah haiwan yang lebih ‘selesa’ dengan ketiadaan manusia, namun bagi haiwan tertentu yang mempunyai naluri mahu berinteraksi, situasi tanpa manusia boleh menyebabkan sebaliknya.

Sumber: BBC