
‘Aku Masih Cinta’ Single Pertama Eylia Guntabid
Kejayaan penyanyi dari Sabah, Eylia Guntabid mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 – sebuah acara tahunan yang dilihat sebagai ‘Olimpik Seni Persembahan’ bukan terhenti di situ sahaja apabila beliau dilamar syarikat rakaman Broadway Entertainment.
Menjadi artis rakaman di bawah naungan syarikat itu pada awal Julai lalu, Eylia Guntabid yang berusia 17 tahun memulakan karier seninya dengan single pertama berjudul ‘Aku Masih Cinta’.

‘Aku Masih Cinta’ berentak power ballad ini dicipta oleh Jasnie dan lirik oleh Mah, kedua-duanya juga berasal dari negeri di bawah bayu itu. Pasti lagu ini amat bersesuaian dengan kemampuan Eylia sebagai penyanyi yang banyak dipengaruhi elemen-elemen musik R&B dan Soul.
Saksikan nyanyian mantap dari Eylia Guntabid dengan single pertamanya di sini.
Trending now



