Tali Pinggang

“Aku Masa Kecil Kena Libas Dengan Tali Pinggang, Elok Je Jadi Orang” – Adakah Ini Cara Didik Anak Yang Sebenar?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Trauma atau luka emosi yang pernah dilalui oleh para ibu bapa tidak sepatutnya dijadikan tradisi dalam cara mendidik anak-anak.

Definisi “jadi orang” juga perlu dilihat secara lebih luas dan bukan hanya sekadar berjawatan tinggi dan bergaji besar.

Inilah yang cuba ditekankan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli dari GymCademy yang membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi menyedarkan golongan ibu bapa mengenai cara didikan anak yang perlu diperbetulkan pada hari ini.

Tali Pinggang

Kesian kat anak-anak….

Yang ayah dia kata:

“Aku masa kecil kena libas dengan tali pinggang, elok je jadi orang”.

At that particular moment, semasa anda sedang bercakap ayat itu, anda tak sedar bahawa…

  1. Definisi menjadi orang adalah lebih besar dari ada kerja, ada gaji.
  2. Kita disarankan untuk jadi lebih baik dari semalam.
  3. Dalam Islam, boleh rotan anak pada usia 10 tahun jika anak tak solat, dengan SYARAT anak sudah dididik untuk solat dari usia 7 tahun dengan penuh sabar. Dan ada adab dalam merotan anak. Bukan LIBAS.
  4. Ketidakmahuan untuk menuntut ilmu bagi memperbaiki generasi seterusnya (kita dan anak kita serta anak-anak kepada anak kita kelak), adalah tanda bahawa ada sesuatu dalam proses pembesaran kita yang tidak berlaku dengan baik.
  5. Potensi kita sebenarnya jauh lebih besar. Tapi, mungkin ada sisa luka emosi dari kecil yang kita bawa ke usia dewasa yang menyebabkan kita tidak berfikir dan merancang dengan teliti tentang pembesaran anak-anak kita.

Wallahu’alam.

Learn, Unlearn & Relearn.

Anak-anak tu amanah.

Amanah yang perlu dipelajari cara didikan yang betul.

Bukan automatik membesar elok seperti tanggapan kita.

Belajar tinggi.

Atau pandai buat duit.

Bukan definisi jadi orang.

Definisi kemenjadian manusia tu besar.

Kalau “jadi orang” pun kita masih tak jelas maksudnya, so let’s learn.

InshaaAllah.

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua mendidik anak menjadi anak yang soleh, musleh dan menjadi di dunia dan akhirat.

#otaisyahrozalli

BACA: Mendidik Anak Dengan Cara Yang Salah, Doktor Tegur Sikap ‘Ibu Bapa Lawnmower’

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli