
Aku Kini Keseorangan Di Gelanggang – Lin Dan
Semalam seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman persaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Pengunduran bekas pemain No. 1 Dunia itu menimbulkan rasa sedih dalam kalangan peminat sukan itu dari dalam dan luar negara.
Pengumuman itu turut menzahirkan rasa hiba kepada rakan baiknya merangkap ‘musuh dalam gelanggang’, Lin Dan menerusi akaun media sosial China, Weibo.

“Memasuki gelanggang berseorangan, tiada siapa lagi menemaniku,” katanya yang menggambarkan kesedihannya itu.
Di samping melahirkan kesedihan beliau terhadap keputusan rakannya, Lin Dan turut mendedikasikan sebuah lagu untuk Lee Chong Wei yang berjudul “Friend, Don’t Cry” yang dinyanyikan oleh David Lui dalam bahasa Mandarin.
BACA: Lee Chong Wei Secara Rasmi Gantung Raket

Bagi Chong Wei meskipun dia dan Lin Dan bermusuh di gelanggang, namun mereka merupakan kawan baik yang terjalin lebih dari 15 tahun.
“Kami hanya musuh di gelanggang. Kita mempunyai penaja yang sama dan kadang-kadang kami bertemu di luar kejohanan.”
Dalam sidang medianya yang menyentuh mengenai musuh tradisinya Lin Dan, jaguh badminton negara itu tetap mendoakan rakannya dari negara China untuk terus beraksi dalam temasya Olimpik di Tokyo tahun depan.
Sumber: FMT
Di sebalik tabir sebuah permainan video.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



