
‘Aku Bidadari Syurgamu’ Nyanyian Pelajar Istimewa Ini Buat Netizen Terpegun
Bakat Luar Biasa! Pelajar Istimewa Nyanyi Lagu Aku Bidadari Syurgamu.
Walaupun drama 7 Hari Mencintaiku 2 sudah pun melabuhkan tirai, namun lagu OST bagi drama yang menjadi bualan hangat netizen ini semakin menjadi kegemaran ramai.
Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian asal penyanyi no 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pilihan ramai untuk membuat cover, baik daripada kalangan selebriti mahupun peminat biasa.
Namun diantara semua video cover, lagu nyanyian seorang pelajar dari SMK Pendidikan Khas Setapak yang membawa lagu ini telah mencuri perhatian ramai termasuklah penyanyi asal dan juga penciptanya, Ippo Hafiz.
MasyaAllah..kurniaan istimewaπππππ https://t.co/z0TR1WN1KL
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) August 18, 2020
Video nyanyian pelajar istimewa itu mula tular apabila dimuat naik di laman sosial oleh seorang pengguna Twitter di ruangan komen ciapan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Video nyanyian merdu oleh pelajar istimewa yang bernama Suhaila ini mula telah dikongsikan oleh seorang guru iaitu Cikgu Intan Natika di laman YouTube.
Menurut sumber, persembahan adik Suhaila yang mempunyai masalah penglihatan itu bersempena satu pertandingan disekolah berkenaan.
Dilihat di ruangan komen di Youtube cikgu ini, rata rata memuji nyanyian adik ini malah menyifatkan nyanyiannya penuh penghayatan
Lagu Aku Bidadari Syurgamu merupakan salah satu lagu yang terdapat dalam album baharu Siti Nurhaliza iaitu ManifestaSiti2020.
Terdahulu lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh Haqiem Rusli, Aina Abdul, Khai Bahar dan juga pelantun lagu Sampai Bila, Misha Omar.
BACA: Parodi Drama β7 Hari Mencintaiku 2β Bikin Dekah, Dapat Perhatian Tok Ti