
Aktiviti Rentas Negeri Kini Dibenarkan Bermula 10 Jun
Dalam sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri: Perintah Kawalan Pergerakan hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bermula 10 Jun 2020, aktiviti rentas negeri kini sudah dibenarkan.
BACA: Bosan Dan Rindu Kekasih Antara Alasan Popular Individu Langgar PKP, PKPB Di Kedah Sejak Mac
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dimulakan sejak 4 Mei lalu yang dijangka akan berakhir 9 Jun ini digantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.
Sebelum ini perjalanan aktiviti rentas negeri hanya dibenarkan untuk urusan kecemasan seperti perubatan, urusan perkahwinan dan bagi suami isteri yang terpisah.
Antara perkara yang menjadi perhatian dan paling dinanti dalam ‘Perutusan Khas Perdana Menteri: Perintah Kawalan Pergerakan’ pada petang ini adalah kebenaran bujang untuk merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu hingga disambung kepada PKP Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei sehingga 9 Jun ini, kebenaran untuk merentas negeri hanya dibuka kepada beberapa golongan, antaranya golongan bujang yang mahu berkahwin, golongan suami isteri yang terpisah negeri serta urusan kecemasan seperti perubatan dan kematian.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.
Trending now



