Aktivis LGBT Ini Dikecam Gara-Gara Pertahan Cubaan Semburit 5 Lelaki Berstatus Suami Orang

Semalam, lima orang lelaki berstatus suami orang dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ditangkap semasa dalam cubaan mengadakan hubungan sejenis.

Numan Afifi Aktivis LGBT 3

Empat daripadanya dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan enam sebatan berserta denda RM4,800 setiap seorang manakala seorang lagi dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan, enam sebatan dan denda RM4,900.

Hukuman yang dikenakan kepada kelima-lima lelaki yang ditahan di sebuah apartmen di luar Kuala Lumpur November lalu bagaimanapun dibangkang oleh aktivis hak asasi g4y.

Kata Numan Afifi, hukuman tersebut hanya akan akan mewujudkan ‘budaya ketakutan’ serta ketidakadilan luar biasa serta dahsyat untuk Malaysia. Disebabkan itu juga, tekanan terhadap komuniti lesbi4n, g4y, bi5eksual dan transgender (LGBT) di Malaysia juga semakin meningkat.

Numan Afifi Aktivis LGBT

Walau bagaimanapun, permohonan beliau yang juga bekas pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah ditolak oleh mahkamah kerana di Malaysia, semburit atau juga dikenali sebagai jenayah liw4t merupakan satu jenayah di bawah kanun prosedur jenayah biasa dan jenayah di bawah undang-undang Islam.

Tindakan beliau ini rata-rata dikecam netizen yang merasakan ianya adalah sebagai tidak munasabah kerana bertentangan dengan norma Islam ditambah pula dengan pelaku kesalahan tersebut memegang status suami orang yang telah mengkhianati kepercayaan keluarga dan pasangan mereka.

 

 

Kolaborasi paling kena..

Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI