
Aktifkan Mod Gelap Aplikasi Messenger Anda Sekarang! Lebih Menarik Dan Stail
Aplikasi Messenger anda kini akan menjadi lebih stail dan menarik apabila anda aktifkan mod gelap atau tema berwarna gelap yang ditawarkan oleh Facebook.
BACA: Facebook Tersimpan Ratusan Juta Kata Laluan Pengguna Dalam Bentuk Teks Biasa
Untuk mengaktifkannya, anda tidak lagi perlu menghantar emoji khusus kepada rakan anda tetapi anda hanya menghidupkan butang mod gelap pada aplikasi Messenger sahaja.
Setelah melancarkannya dan mengumumkan penggunaannya hari ini, Facebook mengambil kira ianya sebagai bantuan keselesaan kepada pengguna; mengurangkan kadar silau ketika berada dalam persekitaran gelap.
Mod tema berwarna gelap ini bukanlah hanya dilancarkan di sesetengah tempat sahaja, tetapi ianya dilancarkan untuk semua pengguna Facebook di seluruh dunia.
Ingat caranya, pergi ke aplikasi Messenger dan aktifkan Mod Gelap atau ‘Dark Mode’ anda.
Selamat mencuba!
Akhir Mac lalu, Facebook mengumukan bahawa semasa sesi peninjauan keselamatan Januari lalu, mereka mendapati bahawa ada kata laluan sesetengah pengguna yang disimpan dalam kategori format teks biasa. Isu ini sepatutnya tidak berlaku kerana sistem daftar masuk Facebook sudah dicipta untuk melindungi kata laluan dengan menggunakan teknik tertentu.
Untuk maklumat lanjut, kata laluan akaun tersebut tidak boleh diakses dari luar semasa kejadian tersebut berlaku. Antara yang terjejas adalah dari pengguna aplikasi Facebook, Facebook Lite dan juga Instagram.
Facebook memberitahu disebabkan ramai pengguna mungkin berkongsi, menggunakan semula kata atau kata laluan Facebooknya dicuri, jadi mereka cuba membantu pengguna dalam melindungi akaun dengan cara:
Sumber: Amaz