
Aksi Toyota Vios Bawa Pokok Pisang Dalam Kereta Kembali Tular
Hari ini, aksi sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang kembali ditularkan di media sosial.
Untuk pengetahuan anda, video berkenaan merupakan video yang berlaku pada November 2020. Dan ia kembali dimuat naik di platform media sosial.

Malah pemandunya yang merupakan sepupu kepada anak pemilik kenderaan berkenaan, seorang lelaki berusia 30 tahun (2020) juga sudah pun dihukum dengan kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai di bawah Kaedah 20 LN166/59.
Dalam masa yang sama, beliau juga turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menyelesaikan kes-kes saman lampau yang berstatus waran tangkap dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,200.
Dalam video yang tular itu, sebuah kereta Toyota Vios didapati membawa sebatang pokok pisang dalam keadaan melintang sehingga menghalang pengguna jalan raya yang lain.


Berdasarkan keterangan lisan anak pimilik kereta Toyota itu, kenderaannya dibawa sepupunya untuk tujuan upacara keagamaan di kawasan Mutiara Rini, Johor Bharu.
Menurut laporan media Kosmo! bertarikh 29 November 2020, dimaklumkan kereta berkenaan disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaannya hadir untuk diambil tindakan selanjutny.
Trending now



