
Aksi Satu Kereta ‘Sapu Licin’ Barang Di Food Bank Undang Kecaman Netizen
Belakangan ini, terdapat banyak organisasi telah ikut serta dalam program pemberian makanan secara percuma atau food bank.
Langkah ini telah dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan atau terjejas dari segi kewangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
BACA: #BenderaPutih: Perlu Bantuan Atau Mahu Membantu, Ini Aplikasi Web Untuk Anda Akses
Walaupun ada antara program itu mencetuskan perdebatan dan kritikan pihak tertentu kerana dianggap menggalakkan sikap meminta serta mengaibkan penerima, hakikatnya usaha terbabit banyak membantu kelangsungan hidup golongan terjejas.
Namun, di sebalik niat murni ini, ada pula yang mengambil kesempatan. Ini terbukti benar apabila tular di sosial media sebuah video di mana sekumpulan individu yang ‘tamak’ dan pentingkan diri kerana bukan sahaja ambil apa yang perlu sahaja, malah mengambil lebih dari itu.
Aksi ‘tamak’ kumpulan tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya sebelum ia dimuat naik dan tular di laman sosial.
Menerusi klip video berdurasi satu minit 45 saat itu, kelihatan sekumpulan individu menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah telah berhenti di stesen minyak berkenaan.
Kemudian, lima individu telah keluar dari kereta berkenaan dan mengambil hampir kesemua barangan food bank yang diletakkan di stesen minyak itu.

Tindakan sekumpulan individu ini jelas telah menyalahi misi utama pusat bekalan makanan yang diwujudkan untuk mereka mengambil apa yang perlu sahaja.
Perkara ini telah mengundang kemarahan netizen kerana telah mengambil barangan makanan yang disediakan secara percuma kepada orang yang memerlukan secara berlebih-lebihan.
Penganjur food bank di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya terkilan satu keluarga sapu licin makanan yang disediakan. pic.twitter.com/wgUVfuNXWb
— MyWatch (@My_CrimeWatch) July 8, 2021
“Segelintir rakyat Malaysia yang tidak ada sivik. Tak ada kesedaran untuk berkongsi susah senang.”
“Pentingkan diri. Langgar SOP lagi tu. Ramai-ramai dalam satu kereta. Macam ini pun ada.”
“Selalu yang buat macam ni orang yang tak memerlukan pun. Jenis tamak haloba. Kalau orang yang betul-betul perlu dia akan ambil apa yang diperlukan saja.”
Namun, ada yang berpendapat bahawa masalah begini pasti akan berlaku apabila inisiatif food bank dilakukan.