Aksi Polis Tendang Motosikal Cuba Lari Daripada Sekatan Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi 4

Aksi Polis Tendang Motosikal Cuba Lari Daripada Sekatan Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aksi polis tendang motosikal cuba lari daripada sekatan jalan raya undang pelbagai reaksi.

Aksi seorang anggota polis trafik menendang seorang penunggang motosikal yang cuba lari daripada sekatan jalan raya menjadi tular di laman media sosial semalam.

Dalam video tersebut, kelihatan penunggang motosikal itu jatuh tergolek selepas motosikal yang dibawanya tersasar. Kejadian yang berlaku dipercayai di Jalan Temple, Sibu itu kemudiannya mendapat perhatian Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Menurut Aidi, pihak polis Sarawak sedang menjalankan siasatan berhubung isu tersebut dan tindakan tegas akan diambil sekiranya beliau didapati cuai atau bertindak agresif semasa menjalankan tugas.

 

Aksi Polis Tendang Motosikal Cuba Lari Daripada Sekatan Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi

Hasil pemeriksaan mengejut dalam ‘Op Motosikal’ semalam mendapati penunggang motosikal tersebut melakukan kesalahan menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, menunggang dalam keadaan melawan arus trafik, tidak dilindungi insurans dan ubah suai ekzos.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata dalam video aksi polis tendang motosikan yang tular tersebut anggota polis trafik tersebut didapati tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila menggunakan kaki untuk menahan penunggang motosikal.

Seperti biasa, di media sosial pastinya ada yang menyokong tindakan anggota polis terbabit dan ada juga yang mengecam kekeasan yang dilakukan.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=971231876728619&id=100015254477616

Tapi yang salah tetap salah.

Tahukah anda, semasa pandemik COVID-19, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan saringan COVID-19 dalam kalangan warga asing?

BACA: Polis Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Dokumen Keputusan Saringan COVID-19 Dalam Kalangan Warga Asing

Penahanan dua lelaki warga Bangladesh oleh pihak polis semalam membongkar sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif.