
Aksi Orang Gila Beri Laluan Kepada Ambulans Buat Netizen Sebak
Walaupun kita sedia maklum perlu memberi laluan kepada ambulans lebih-lebih lagi dalam situasi kecemasan, namun pasti ada segelintir masyarakat yang tidak mengendahkannya sehingga menimbulkan masalah lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki berusaha membuka laluan kepada ambulans. Dalam rakaman tersebut, lelaki itu berlari di jalan raya cuba mengarahkan kenderaan lain untuk bergerak ke tepi memberi laluan kepada ambulans.
Menurut sumber, lelaki tersebut dikatakan orang tidak waras dan pada masa yang sama orang sekeliling yang waras seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran ambulans. Insiden itu dipercayai berlaku di Bandung, Indonesia.
Memetik sumber Detik, pemandu ambulans berkata ketika itu jalan di sana sangat sesak sehingga ambulans terpaksa berhenti beberapa kali kerana tiada ruang untuk bergerak. Tanpa diduga, muncul kelibat seorang lelaki yang dilihat tidak terurus menjerit meminta orang ramai beri laluan kepada ambulans.

Pemandu tersebut terhutang budi dengan kelakuan lelaki itu dan tidak menyangka video yang dimuat naik di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.
“Walaupun alami gangguan jiwa, tetapi tetap menyedari keutamaan ambulans. Di sebalik kurang siumannya, kesedarannya melebihi orang normal”.
https://www.instagram.com/p/B4y7ErEH-uW/?utm_source=ig_embed
Sumber: Detik Health
Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.
Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.