Aksi Lelaki Hempas Kucing Hingga Alami Pendarahan Undang Kemarahan Orang Ramai 3

Aksi Lelaki Hempas Kucing Hingga Alami Pendarahan Undang Kemarahan Orang Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aksi lelaki hempas kucing hingga alami pendarahan undang kemarahan.

Semalam tular di media sosial berkenaan dengan satu perkongsian video di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia yang memaparkan aksi seorang lelaki menghempas kucing yang berada di atas kenderaan miliknya.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Setapak itu merupakan satu kejadian yang kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang menonton.

https://www.facebook.com/kelabpencintakucingmalaysia/posts/1831741826992561?_rdc=1&_rdr

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan yang menghampiri kenderaan beliau sebelum mengangkat kucing tersebut dan menghempasnya ke lantai.

Aksi Lelaki Hempas Kucing Hingga Alami Pendarahan Undang Kemarahan Orang Ramai 1
Sumber: Facebook Kelab Pencinta Haiwan Malaysia

Beliau kemudiannya terus masuk ke dalam kenderaannya dan berlalu pergi.

Kesan daripada kejadian tersebut, kucing tersebut mengalami pendarahan dan masalah pembuangan najis.

Aksi Lelaki Hempas Kucing Hingga Alami Pendarahan Undang Kemarahan Orang Ramai
Sumber: Facebook Kelab Pencinta Haiwan Malaysia

Rata-rata yang menonton video tersebut meluahkan kemarahan mereka terhadap tindakan yang jelas tiada rasa belas kasihan kepada haiwan berbulu tersebut.

Sebelum ini, seorang lelaki telah dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan menyiku seekor kucing peliharaannya sehingga menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala haiwan tersebut.

BACA: Dera Kucing Hingga Retak Tengkorak Kepala, Lelaki Bakal Dipenjarakan

Joe Purvis, 25 mengaku bersalah di atas perbuatan menyiku kucing yang digelar sebagai Indico dari baka Maine Coon atas sebab menggigitnya tetapi menafikan dakwaan membakar bahagian atas kepala haiwan tersebut.

Tahukah anda, tindakan membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika tertangkap, hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000?

Baca lanjut DI SINI.