
Aksi Jurubahasa Isyarat Terjemah Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Curi Perhatian Netizen
Aksi jurubahasa isyarat sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat curi perhatian netizen.
Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat sentiasa menjadi tumpuan dan perbualan dalam kalangan netizen.
BACA: Pelajar Pekak Hasilkan Video Muzik Dengan Menggunakan Bahasa Isyarat
Selain daripada aksi ‘waknat mewaknat’ sesama Ahli Parlimen, aksi jurubahasa isyarat yang bertugas untuk menterjemahkan sidang ini juga menarik perhatian netizen.
Menteri @takiyuddin61 selamba diwaknatkan @AbdullahSani_MY 😂 pic.twitter.com/FcjSjDYb1D
— PM Facebook (Bakal Banduan) (@akukeadilan_) July 27, 2021
Suasana dewan bertukar panas apabila wakil rakyat pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung ketiadaan perbahasan, usul dan undian mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat sama ada ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan dalam sidang khas berkenaan.
Dengan ‘serangan’ dialog yang bertubi-tubi, tidak mustahil ianya agak sukar untuk diterjemahkan kepada bahasa isyarat oleh jurubahasa bertugas.
Kesian sign language interpreter on duty today #Parlimen pic.twitter.com/gNaodfmSCo
— Sin Yew (@S_Y_New) July 26, 2021
Dalam satu video yang difokuskan kepada jurubahasa isyarat tersebut, anda boleh melihat kesungguhan beliau untuk cuba menterjemahkan keadaan yang berlaku di sana supaya penonton daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) turut dapat memahami inti pati perbahasan.
Di sini kita dapat lihat, tugas sebagai jurubahasa isyarat bukanlah satu tugas yang mudah, terutamanya semasa ditugaskan untuk menterjemahkan sidang perbahasan seperti Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.
Pening Member 🥺 #Parlimen pic.twitter.com/bKPFKeqvxA
— 🇵🇸KHAIRUL AZLIMIN🇵🇸 (@khairulazliminn) July 26, 2021
Untuk pengetahuan anda, jurubahasa isyarat merupakan pelengkap maklumat kepada golongan istimewa ini.
Antara jurubahasa yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah Bee Lee.
Ketangkasan dan kecekapan Bee Lee menyampaikan mesej menggunakan bahasa isyarat memang tidak dinafikan lagi.
Sudah berkhidmat selama 25 tahun, Bee Lee mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ada yang menegur dan mahu bergambar dengan beliau.
Biarpun kerjaya ini tidak popular seperti penyampai berita, kemunculan jurubahasa isyarat di sudut penjuru siaran berita TV di saluran RTM cukup signifikan terhadap golongan istimewa terbabit.
Trending now



