Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu

Akshay Kumar Dedah Amalkan Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lain padang lain belalang, banyak orang banyak ragamnya. Bintang Bollywood Akshay Kumar mempunyai keyakinan tersendiri untuk mengelak daripada jangkitan COVID-19.

Dia memilih untuk meminum air kencing lembu pada setiap hari seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.

Pelakon berusia 53 tahun itu berkata demikian dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls, yang mana mereka meminum teh diperbuat daripada najis gajah di sebuah pusat perlindungan harimau.

“Saya lebih teruja berbanding bimbang. Saya ada menyimpan urin lembut untuk tujuan perubatan ayurveda setiap hari, jadi ia okey bagi saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya.

Pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti, beberapa ahli politik dari sayap kanan nasionalis Hindu kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu bagi merawat COVID-19.

Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu

Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam perubatan tradisi ayurveda.

Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan ‘perisai perlindungan’ terhadap virus berbahaya itu.

Ayurveda merupakan kaedah perubatan alternatif yang mempunyai berasal-usul dari India.

Difahamkan, mereka hanya minum air kencing lembu dara kerana ia mempunyai ciri-ciri penyembuhan ketuhana yang suci. Selain itu, air kencing lembu turut dikomersial untuk produk mengeluarkan titis ubat mata, penyakit perut, ubat gigi, sabun mandi dan pelbagai lagi.

Hakikatnya di semua benua dan rantau termasuk di Asia Tenggara, ada keganjilan dan budaya unik masing-masing dalam usaha membentengi diri daripada penyakit dan untuk kesembuhan.

Sumber: BH