
Akibat Terlampau Lapar, Lelaki Bawa Syabu Ke Balai Polis Minta Dipenjarakan
Akibat terlampau lapar, lelaki minta diri ditahan kerana memiliki syabu.
Ketika dunia sedang berperang dengan wabak pandemik COVID-19, tidak kurang sebahagian besar daripada penduduk dunia kini terjejas akibat berdepan dengan krisis ekonomi.
Hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain untuk meneruskan kehidupan.
Akibat terlampau lapar, seorang lelaki Thailand terpaksa membawa dadah jenis syabu ke balai polis berdekatan dan meminta untuk ditahan atas kesalahan berkenaan.
Hilang pekerjaan sebagai juruelektrik akibat tidak boleh keluar bekerja selepas penularan wabak COVID-19, kehadiran lelaki itu bersama sebiji syabu jenis tablet telah mengejutkan pegawai polis yang berada di sana ketika itu.

Beliau yang menyerah diri di Balai Polis Phuket memberitahu sekiranya dipenjarakan, sekurang-kurangnya beliau tidak akan kelaparan kerana menerima makanan secara berkala.
Ditahan atas kesalahan memiliki dadah terlarang, pihak polis memberitahu beliau kini sedang dalam pematauan berikutan daripada kemungkinan mengalami masalah kesihatan mental dan berisiko untuk mencederakan diri sendiri.
Setakat hari ini, Thailand telah mencatatkan 2,613 kes positif dan 41 kes kematian dengan kes sembuh sebanyak 1,405 kes membawa kepada kes keseluruhan yang tercatat di 210 buah negara dan dua kapal persiaran antarabangsa menghampiri angka dua juta.
Mencatatkan penurunan dalam kes jangkitan baharu, Thailand menangguhkan sambutan Songkran tahun ini sehingga satu notis baharu dikeluarkan apabila keadaan penularan akibat COVID-19 semakin reda.
BACA: Pemandu GrabFood Jadi ‘Kambing Hitam’ Hantar Pesanan Syabu Pelanggan
Di Malaysia, penghantar makanan sedang berdepan dengan krisis akibat dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam menghantar barangan terlarang seperti dadah kepada pelanggan yang tidak bertanggungjawab menjadikan mereka terpaksa berhati-hati dalam menerima sebarang pesanan yang masuk ke laman.
Sumber: Bangkok Post