Tabiat Gigit Kuku Bawa Padah 5

Akibat Suka Gigit Kuku, Wanita Ini Menderita Jangkitan Kuman Hingga Ke Kawasan Lengan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam hampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus. Malah, tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan pucuk ubi amat tinggi nilainya.

Bukan sahaja mudah didapati dan murah harganya berbanding sayuran hijau lain, juga mengandungi khasiat yang tinggi. Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan.

Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu, kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Maka, ia menjadi antara makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan selain dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman. Tak hairanlah jika kita pernah nampak menu diet mesti salah satunya sayur pucuk ubi kayu.

Selain dibuat ulam, pucuk ubi kayu boleh dimasak dalam pelbagai menu tetapi ingat, memakan pucuk ubi secara mentah atau tidak direbus dengan sempurna akan menyebabkan alahan kepada perut anda.

Bagi anda yang sukar menelan rasa pahit ulam, boleh cuba memasaknya. Bayangkannya pun sudah terliur. Jom kita lihat resipi ‘Masak Lemak Pucuk Ubi’.

Pucuk ubi kuruskan badan
Sumber: Gunaresep

Bahan-bahan:

5 ikat pucuk ubi (ambil yang muda sahaja)
Santan
Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Air

Cara memasak:

1. Didihkan air dengan satu sudu kecil garam dalam periuk.
2. Celurkan pucuk ubi dan toskan airnya, ketepikan.
3. Kisar cili padi, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
4. Didihkan santan yang dicampur dengan air.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar serta serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan pucuk ubi yang telah dicelur dan biarkan mendidih sehingga masak.

Selamat mencuba!

Sumber: SoyaLemon, MyResipi