Gigi Palsu Tiruan

Akibat Pakai Gigi Palsu Tiruan Sebab Nak Murah, Lelaki Terpaksa Cabut Semua Gigi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagaikan trend masa kini apabila didapati ramai yang sanggup mendapatkan rawatan gigi daripada doktor palsu.

Maklumlah, gigi merupakan bahagian yang agak penting dan mampu mempengaruhi keyakinan seseorang.

Gigi sihat dan cantik akan membuatkan anda lebih selesa untuk berdepan dengan orang ramai manakala gigi rosak pasti mengundang rasa kurang selesa untuk bercakap dan ketawa.

Kebiasaannya, kita mengetahui tentang pendakap gigi palsu, veener palsu dan kini wujud juga perkhidmatan gigi palsu tiruan.

Perkara itu telah didedahkan oleh seorang doktor gigi, Dr Arif menerusi perkongsian di laman Twitter.

Dr Arif menceritakan seorang lelaki separuh abad datang untuk mendapatkan rawatan di kliniknya kerana mengalami kesukaran untuk makan.

Demi jodoh, aku relakan

Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.

Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.

“Encik, gigi palsu ini buat di mana?”

“Oh, saya buat di ‘swasta’ dekat KL,”

“Swasta? Swasta mana? Apa nama kliniknya?”

“Err…entahlah dr”

Aku dah rasa semacam.

“Encik, dr tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”

“Oh haaa dekat hotel!”

Ya Salam! Sah ini doktor gigi palsu!

Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi & veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu?!

Gigi Palsu Tiruan

“Berapa encik pasang macam ni?”

“RM500 saja dr….”

Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala.

“Kenapa encik pasang dan dah berapa lama pasang?”

“Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah takde gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus”.

Sayang, disebabkan mengambil jalan pintas gigi lelaki ini terpaksa dicabut semua, atas dan bawah. Tak dapat diselamatkan sebab denture yang dia pakai langsung tak ada kualiti. Tak mengembalikan fungsi asal dan gigitan gigi. Sudahlah ikat dawai sana sini.

Pengajarannya:

1. Jaga gigi dari awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
2. Buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal.
3. Jangan percaya doktor gigi yang buat tawaran di hotel/rumah/bilik.

Gigi palsu dekat kerajaan yang penuh atas dan bawah baru RM100. Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun.

Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini!

Gigi Palsu Tiruan

Sumber: Twitter @ArepJawa