Akhbar Utusan, Kosmo Kini Milik Media Prima

Utusan Kosmo Media Prima
Sumber: Rojak Daily

Aurora Mulia Sdn Bhd iaitu syarikat pemegang saham utama Media Prima dilaporkan telah mengambil 70 peratus kepentingan dalam anak syarikat Utusan Melayu Berhad, Dilof Sdn Bhd.

Dilof merupakan 100 peratus anak syarikat milik Utusan yang juga pemegang permit penerbitan bagi dua akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo. Menurut sumber, penyerahan kepentingan dalam Dilof dibuat untuk memastikan Utusan yang berusia 80 tahun tidak dikuburkan dan akhbar Kosmo yang berusia 15 tahun dapat diteruskan.

Difahamkan, Utusan kini berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan dalam Dilof. Penyerahan kepentingan ini akan membolehkan suntikan kewangan daripada Aurora Mulia dan seterusnya memastikan penerbitan kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan.

Utusan Kosmo Media Prima
Sumber: Utusan

Pelaburan itu juga bakal menyaksikan penggabungan jabatan-jabatan sokongan kepada penerbitan beberapa jenama akhbar utama di negara ini seperti percetakan, pengedaran dan pengiklanan.

Menurut laporan portal The Edge Markets, data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang ahli lembaga pengarah Aurora Mulia adalah anak kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Syed Danial Syed Mokhtar.

Media Prima turut menerbitkan tiga akhbar lain iaitu News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Ia juga mengendalikan enam saluran televisyen percuma dan empat stesen radio serta merupakan pemain utama dalam pengiklanan outdoor.

Sumber: The Edge Markets

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!