Akaun Parodi – Satira Atau Biadap 4

Akaun Parodi – Wadah Satira Atau Tanda Kemusnahan Nilai Moral Masyarakat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belakangan ini, kemunculan akaun parodi yang kononnya sebagai wadah satira di media sosial bukan lagi sesuatu yang asing, ianya semakin banyak dan semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat.

Akaun-akaun parodi yang kononnya muncul sebagai wadah satira ini berjaya mengelirukan rakyat Malaysia terutama dalam suasana negara sedang getir melawan wabak pandemik COVID-19.

BACA: Netizen Troll Domino’s Pizza Berikutan Isu Permohonan Maaf Tak Profesional Di Facebook

Menurut sumber Berita Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memaknakan troll dalam Bahasa Melayu dengan ‘mengail tunda’ – “dia menghabiskan sepanjang pagi mengail tunda ikan tenggiri”.

Manakala bagi Kamus Oxford pula, troll adalah satu perbuatan yang bersifat menyerang dan provokatif yang dimuat naik sebagai catatan (posting) di media sosial bagi membangkitkan perasaan marah dan kecewa seseorang.

Sebagai contoh, sebuah akaun parodi berita di Twitter, BERMANA didapati menggunakan logo dan nama yang hampir sama dengan media berita BERNAMA telah berjaya mengelirukan rakyat sekiranya mereka memandang secara sekilas.

https://twitter.com/bermanadotcon/status/1271408166022967301

Contohnya mengenai isu keputusan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyarankan agar pihak Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka dengan pelajar IPT bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Akaun Parodi – Satira Atau Biadap

Kehadiran akaun-akaun ini seakan tiada batasnya apabila yang terbaharu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menjadi ‘mangsa’ medan satira ini.

Akaun yang menggunakan nama JAKlM dengan huruf I besar ditukarkan kepada huruf L kecil dikhuatiri berpotensi untuk menyalahgunakan hadis dan ayat Al-Quran bagi tujuan lawak dan sindiran.

Sekali pandang memang hampir sama dengan akaun @MyJAKIM yang sebenarnya!

Bawah merupakan salah satu pautan daripada akaun JAKIM yang sebenar.

Contoh hantaran daripada akaun parodi @MyJAKlM.

https://twitter.com/MyJAKlM/status/1312838609343524865

Ianya turut mendapat perhatian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sama-sama meminta agar akaun tersebut diadukan sebagai palsu.

Selain daripada dua akaun ini, antara akaun parodi lain yang popular, ialah:

  1. Harakat Daily – Harakah Daily
  2. Astrol Awatni – Astro Awani
  3. Berita Hairan – Berita Harian

Antara troll dan fitnah sebenarnya dipisahkan oleh garis yang nipis. Akaun parodi yang diharapkan jadi wadah satira rakyat silap-silap boleh menyebarkan berita palsu yang dipercayai rakyat.

Menurut salah seorang pengguna Facebook, Muhamad Harris Nasril, nak troll pun kena ada seni.

Akaun Parodi – Satira Atau Biadap 1

Menurut Dr Zulkifli, hukum troll yang menyalahi hukum syarak sebenarnya adalah haram dan ianya berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

Baca lanjut di sini: HUKUM TROLL DALAM MEDIA SOSIAL