
Akaun Bank Masih Aktif Dan Jana Wang Hasil Dari Sedekah Dan Infak Harta 1,400 Tahun Yang Lalu!
Saidina Uthman Bin Affan RA dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Mekah dan amat dikenali kerana sifat dermawannya.
Tidak ramai yang tahu, masih terdapat harta kekayaan beliau yang diwakafkan sejak 1,400 tahun yang lalu namun masih bermanfaat kepada orang ramai sehingga ke hari ini. Masya-Allah!
Berikut merupakan satu perkongsian yang sangat menarik mengenai Uthman bin Affan yang dibuat oleh Yusnizam My dari Hartanah Sentral di Facebooknya.
Jom kita sama-sama ambil iktibar dari kisah ini dan mengikut jejak langkah Uthman bin Affan untuk sama-sama memperbanyakkan sedekah dan infak. Insya-Allah.
Adakah anda tahu siapa pemilik Hotel ini?
Tahukah anda pemilik hotel ini telah meninggal dunia selama lebih 1400 tahun? Dan akaun banknya masih aktif dan menjana wang yang mungkin bernilai ratusan juta atau bilion.
Ya, akaun tersebut dibuat untuk menyimpan hasil sedekah dan wakaf yang beliau lakukan 1400 tahun dahulu.
Setiap bulan separuh daripada hasil akan diberikan kepada badan kebajikan dan separuh lagi untuk pelaburan semula. Dan setiap bulan SR 50 Juta (lebih RM 50 Juta) diperuntukkan untuk kebajikan, wakaf dan membantu golongan yang memerlukan. Nilai wang dalam akaun banknya semakin hari semakin meningkat! Siapakah dia? Dia tidak lain, Uthman Ibn Affan RA.
MashaAllah Tabarakallah!
Malah hotel itu dibina di kawasan strategik di kota Madinah yang dinamakan sempena nama Saidina Uthman ibn Affan. Bayangkan hotel itu dibina dengan nama Pemilik tertulis di atasnya: Uthman Ibn Affan dan ia menjana pendapatan hanya untuk membantu orang lain dan orang yang memerlukan.
Maka janji Allah itu benar. Orang yang berinfaq untuk sedekah tidak akan miskin sedikit pun, malah bertambah kaya. Uthman Ibn Affan telah meninggal dunia selama 1400 tahun yang lalu tetapi kerana sedekah dan wakafnya 1400 tahun yang lalu, kekayaannya telah meningkat secara eksponen sehingga kini.
Inilah kelebihan sedekah dan menginfakkan harta. Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita ringankan lidah dan tangan menceritakan serta menyebarkan kisah ini sebagai suatu motivasi diri dan pihak lain untuk menginfaq dan bersedekah sedikit daripada harta, pendapatan dan keupayaan yang ada dengan ikhlas kerana Allah سبحانه وتعالى… InsyaAllah kita akan dapat pahala sedekah yang berganda.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لاِبْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ
“Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah: ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk kegunaan awam, atau sedekah yang dikeluarkannya daripada hartanya di waktu sihat dan semasa hidupnya. Semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi).
Semoga Bermanfaat Di Dunia dan Akhirat…
**PS : Penceritaan asal adalah di dalam bahasa Inggeris yang dibaca dan saya terjemahkan ia ke dalam Bahasa Melayu supaya mudah faham dan dapat dimanfaatkan oleh kita semua..InsyaAllah.
Juga terdapat artikel lain yang lebih kurang sama sebagai endorsement yang diterbitkan di UK pada tahun 2019 – https://millichronicle.com/2019/04/did-you-know-the-third-caliph-uthman-bin-affan-owns-a-hotel-and-a-bank-account-in-madinah.html
#inspiration #sedekah #infaq #pahalaberpanjangan
BACA: Gempar! Rumah Anak Yatim Dan Tahfiz Tetap Daif, Pengusaha Pula Senang-Lenang Jadi Jutawan!
Sumber: Yusnizam My