
Akan Datang ‘Layla Majnun’ Tampilkan Gandingan Reza Rahadian & Acha Septriasa
Sejak tahun 2020, Netflix semakin banyak menayangkan filem-filem dari seberang. Sebagai contoh, sebuah filem yang menggandingkan Reza Rahadian dan Acha Septriasa sebagai gandingan utama yang diberi tajuk Layla Majnun ini.
BACA: Bawa Tema Cinta Klise, Drama Adaptasi Wattpad ‘My Lecturer My Husband’ Curi Perhatian
Diarahkan oleh Monty Tiwa, Layla Majnun mengisahkan mengenai seorang wanita, Layla yang beragama, berdikari dan berpendidikan tinggi yang berpindah ke Azerbaijan selepas mendapat tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pendidikan.
Di sana, Layla telah jatuh cinta kepada Samir, seorang pelajar lelaki yang bijak dan romantik. Namun, keluarga Layla telah mengaturkan penjodohannya dengan Ibnu (lakonan Baim Wong).
Terikat dengan kemahuan orang tua, Layla dalam dilema sama ada perlu mengikut kata hatinya untuk terus bersama Samir atau pun tidak mengecewakan keluarganya dan bersama dengan Ibnu.
Akan ditayangkan pada 11 Februari depan, anda boleh tonton dahulu trailer filem Layla Majnun di pautan bawah.
Untuk pengetahuan anda, filem Layla Majnun adalah kali kedua Reza Rahadian dan Acha Septriasa digandingkan selepas Test Pack: You’re My Baby yang ditayangkan pada tahun 2012.
Sebut sahaja nama Reza Rahadian, sosok pelakon lelaki ini sentiasa meninggalkan impak yang besar buat para penonton.
Terdahulu kami pernah menyenaraikan lima filem lakonan Reza Rahadian yang wajib anda tonton. Antaranya Habibie & Ainun yang mana beliau membawakan watak sebagai Pak Habibie yang teramat mencintai isterinya, Ibu Ainun.
BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix
Dihasil berdasarkan buku bestseller, Habibie dan Ainun yang ditulis Presiden Indonesia ke-3, Baharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) mengenai isterinya, Hasri Ainun Habibie, filem Habibie & Ainun (2012) yang menggandingkan Reza bersama Bunga Citra Lestari mendapat pujian ramai termasuklah BJ Habibie sendiri.
Menjadi satu-satunya filem pecah panggung di Indonesia dengan jumlah penonton paling ramai sehingga kini iaitu 4.7 juta penonton, filem ini tetap mengekalkan Reza sebagai teraju utama siri kemudiannya iaitu Rudy Habibie (2016), Habibie & Ainun 2 (2016) dan Habibie & Ainun 3 (2019).
Sinonim dengan cinta dan setia, kisah Habibie dan Ainun amat sesuai ditonton bersama pasangan kerana banyak yang boleh diteladani penonton yang sudah berumah tangga.
Trending now



