AAAABcrj7W24xIXGyVDxyJb8hPPXQKpQfY8oL0equCTnjuxL7kKBsLAGnLDWMtOYyH0yiRVYKeJ86hfr4L3u8NgPXk-_8tFz

Akan Datang Di Netflix, Dokumentari Penjenayah Bersiri ‘The Raincoat Killer’ Yang Makan Hati Mangsa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akan datang di Netflix 22 Oktober ini, dokumentari berkenaan kes jenayah bersiri yang berlaku di Korea Selatan oleh seorang penjenayah Yoo Young Chul atau lebih terkenal dengan gelaran The Raincoat Killer.

Akan Datang Di Netflix, Dokumentari Penjenayah Bersiri Yang Makan Hati Mangsa ‘The Raincoat Killer’ 2

Pada tahun 2003, Young Chul The Raincoat Killer menjadi topik hangat bualan media selepas beliau mengaku membunuh beberapa warga emas kaya antara bulan September hingga November tahun berkenaan.

Young Chul akan memecah masuk rumah mangsa dan membunuh dengan menggunakan tukul. Bagi mengelirukan pihak berkuasa dan menutup jejak jenayahnya, Young Chul menjadikan lokasi jenayah seolah-olah dirompak.

Semasa siasatan polis mula dipergiatkan, Young Chul mula mengubah cara jenayahnya daripada membunuh warga emas kaya kepada membunuh pelacur wanita.

Pada tahun 2004, 11 jenayah telah dilakukan beliau dan selepas ditangkap, Young Chul mengakui jumlah mangsa yang sebenarnya ialah 26 orang.

Dan ada antara mangsanya yang dimakan hatinya selepas pembunuhan dilakukan.

Akan Datang Di Netflix, Dokumentari Penjenayah Bersiri Yang Makan Hati Mangsa ‘The Raincoat Killer’ 3
Sumber: Yonghap News

Kes ini menjadi salah satu kes berprofil tinggi di Korea Selatan dan ia tetap diperkatakan media. Disebabkan jenayah yang dilakukan berat, mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Young Chul.

Namun hukuman berkenaan tidak dapat dilaksanakan di Korea Selatan sejak tahun 1997 dan menyebabkan Young Chul ditempatkan di Penjara Seoul sementara menanti ia dilaksanakan.

BACA: Dokumentari ‘House Of Secrets: The Burari Deaths’, Hanya Untuk Yang Kuat Semangat

Berdasarkan hasil penggeledahan di rumah Young Chul, beliau mengakui telah mempatenkan jenayahnya dengan inspirasi daripada beberapa filem termasuklah Public Enemy Very Bad Things dan Normal Life selain daripada turut terinspirasi dengan jenayah yang dilakukan Jeong Du Yeong yang didapati bersalah membunuh sembilan orang kaya di Busan antara 1999 hingga 2000.

Akan Datang Di Netflix, Dokumentari Penjenayah Bersiri Yang Makan Hati Mangsa ‘The Raincoat Killer’ 1

Dalam satu kenyataan, Young Chul menyatakan disebabkan kemiskinan keluarganya sejak dari kecil, beliau merasa iri hati dengan mereka yang memiliki rumah besar.

Dan dendamnya terhadap wanita bermula daripada kekasihnya yang bekerja sebagai tukang urut meninggalkannya selepas mengetahui kegiatan jenayahnya.

Hampir dua dekad selepas penangkapan Young Chul, sebuah dokumentari dihasilkan di Netflix bertajuk The Raincoat Killer: Chasing a Predator in Korea bagi membawa penonton melihat kes jenayah beliau secara mendalam.