AirAsia henti jualan rokok

AirAsia Henti Jualan Rokok Bebas Cukai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syarikat tambang murah AirAsia akan menghentikan jualan rokok bebas cukai sebagai usaha ke arah kehidupan yang lebih sihat. Perkara ini diumumkan Tan Sri Ton Fernandes di Twitter rasminya pada pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd itu turut mengumumkan kawasan pejabat syarikat penerbangan itu sebagai kawasan bebas asap rokok dan memberi insentif kepada pekerja agar berhenti merokok.

“Dengan bangganya saya mengumumkan AirAsia akan menghentikan jualan rokok bebas cukai.

“Begitu juga dengan semua pejabat kami dijadikan sebagai bebas asap dan memberi insentif kepada pekerja untuk berhenti merokok dengan insurans yang lebih baik,” tulisnya di Twitter.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1174833520583180289

Selama beberapa dekad, penjualan barangan bebas cukai amat popular untuk syarikat penerbangan memasarkan produk dan meningkatkan pendapatan tambahan.

AirAsia henti jualan rokok
Sumber: Economy Traveller

Pada Mac tahun lepas, syarikat penerbangan KLM memutuskan untuk menghentikan penjualan tembakau bebas cukai dan rokok dalam penerbangan, namun masih mengekalkan pilihan membeli-belah lain seperti arak, wangian dan alat solek.

Manakala pada tahun 2015, American Airlines menghentikan semua jualan produk bebas cukai dalam penerbangan antarabangsanya.

Tony dalam status lain turut menggesa semua kerajaan di negara Asia Tenggara agar berhenti merokok di tempat awam.

Sumber: Malay Mail

Jom saksikan Rambo: The Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/