AirAsia Ceburi Bidang Perniagaan Baharu Berasaskan Pertanian Dalam Talian 1

AirAsia Ceburi Bidang Perniagaan Baharu Berasaskan Pertanian Dalam Talian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lebih 20 buah kenderaan tersadai di pinggir jalan akibat daripada terisi petrol yang mengandungi air. Kejadian di Serdang pada awal pagi itu telah mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terlibat.

Kejadian yang berlaku disebabkan oleh kesilapan teknikal di Stesen Petronas Solaris Besraya, Serdang ini telah menyebabkan banyak urusan pelanggan yang menjadi mangsa tergendala.

Selepas berita berkenaan tular di laman media sosial, pegawai Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP bergegas ke tempat kejadian dan dimaklumkan oleh pemilik stesen minyak tersebut bahawa salah satu tangki yang mengisi petrol telah dimasuki air.

Petrol Bercampur Air Petronas

Buat masa sekarang, stesen minyak berkenaan ditutup kerana masih dalam proses penyelenggaraan sehingga jam 7 petang ini. Mengambil serius kejadian yang berlaku ini, pihak Petronas telah memohon maaf dan berjanji akan memberikan pampasan serta mengambil tindakan yang sepatutnya kepada kesemua mangsa yang terlibat.

Petrol Bercampur Air Petronas
Sumber: Twitter Petronas

Merupakan satu-satunya stesen yang terlibat, kejadian ini bukanlah kali pertama yang berlaku. Sewajarnya mereka mengambil tanggungjawab dan mencari dari mana puncanya agar kejadian sebegini dapat dielakkan di masa hadapan.

Sumber: Utusan Online