AirAsia Bakal Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional?

Baru sahaja mahu menutup bab penjualan saham PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd sekali lagi perhatian umum dengan suntikan dana sebanyak RM300 juta tahun lalu.

BACA: Khazanah Jual Tujuh Aset Pelaburan, Termasuk Dalam Alibaba

Pengerusi Khazanah, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu media semalam bahawa kerajaan telah menerima lima cadangan untuk Malaysia Airlines, namun sebahagian daripada tidak sesuai dan memerlukan pandangan lain bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

BACA: Kerajaan Umum Pengurangan Kadar Tol 18% Sehingga Tahun 2058 Bermula 1 Februari Ini

Menurut The Edge Market, semasa dihubungi, Khazanah memberitahu masih lagi menjalankan kerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mencapai keuntungan dan pertumbuhan yang mampan.

Kemudian timbul spekulasi bahawa syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh AirAsia X Bhd (AAX) merupakan antara syarikat penerbangan yang telah mengemukakan cadangan.

Tony Fernandes letak Jawatan 1

Namun, pihak (jurucakap) Khazanah tidak mengesahkan atau menadikan spekulasikan cadangan penggabungan.

Ini kerana menurut sumber daripada beberapa pihak kepada The Edge Market, tiada keputusan boleh dicapai kerana ‘satu atau dua ahli lembaga Khazanah meragui penggabungan entiti yang membuat kerugian akan membuat keuntungan’.

Yang menariknya, pada Julai tahun lalu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd (AirAsia), Tony Fernandes menyatakan keengganan untuk terbabit dalam cadangan pengambilalihan Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines).

Walaupun sebelum daripada itu, Tony dilaporkan bersedia memulihkan syarikat penerbangan nasional tersebut, keputusan itu kemudiannya ‘ditarik’ kembali bagi memberikan tumpuan mengembangkan lagi penguasaan digital AirAsia.

Sumber: The Edge Market, Focus Malaysia