azmin ali

Aidiladha Tahun Ini Menuntut Kita Untuk Berkorban Dalam Dimensi Yang Lain – Azmin Ali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menurut sumber yang dipetik daripada Sinar Harian, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan rakyat untuk mendalami sirah nabi-nabi serta menjadikannya sebagai tauladan bagi membina kekuatan untuk mendepani cabaran masa kini.

Azmin Ali dalam kenyataannya sempena Perutusan Aidiladha 1442H telah menyingkap sirah pengorbanan dan kesabaran Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.

Kisah kepayahan keluarga ini ketika Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di Makkah di mana ketika itu merupakan sebuah padang pasir sahaja.

Siti Hajar turut bersusah payah berlari-lari antara bukit Safa dan Marwah bagi mencari air untuk Nabi Ismail yang sedang kehausan.

Dalam mana kesusahan itu, Allah turunkan rezeki kepada ibu dan anak ini apabila terbitnya mata air daripada tanah. Dari mata air dibina telaga zam zam yang menarik suku Jurhum untuk menetap di Makkah.

Dengan kesabaran dan keyakinan, Makkah maju membangun dari belantara padang pasir kepada kota yang padat penduduknya.

Daripada keturunan Nabi Ismail, muncul Nabi Muhammad yang merupakan nabi terahir yang membawa Islam sebagai rahmatan lil alamin.

raya haji

“Meskipun Aidiladha tahun ini menuntut kita untuk berkorban dalam dimensi yang lain, kita harus yakin bahawa ia penting bagi melindungi kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga”.

“Patuhi peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan, amalkan tertib penjagaan kesihatan yang berkesan demi kesejahteraan kita bersama”.

“Saya berdoa ke hadrat ALLAH SWT, semoga kesabaran hari ini akan mencipta keagungan masa hadapan,” ujar Azmin Ali.

BACA: Azmin Mungkin Belajar Daripada Donald Trump – Anwar Ibrahim

Sumber: Sinar Harian