ahmad maslan

Ahmad Maslan Mohon Maaf Tidak Benar Pengeluaran KWSP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan membuat permohonan maaf di dalam hantaran akaun Twitternya di atas sebarang kesulitan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak memberi kebenaran pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Telah diumum oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kerajaan tidak bercadang untuk benarkan keluaran KWSP setelah 4 kali dibenarkan ketika COVID-19. Pandemik sudah hampir selesai, maka simpanan hari tua yang susut 50% atau lebih itu mesti ditambah. Mohon maaf atas kesulitan” – Ahmad Maslan.

kwsp

Seperti yang beliau maklumkan di dalam Dewan Rakyat, purata simpanan 8.1 juta ahli kumpulan wang berkenaan membabitkan semua kaum didapati penurunan sehingga 50% iaitu daripada RM16,600 pada 2016 kepada RM8,100.

Penurunan tersebut disebabkan pengeluaran RM145 bilion daripada dana simpanan KWSP ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

Pada pembentangan Bajet 2023 yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, terdapat desakan oleh rakyat mahu dibenarkan sekali lagi membuat pengeluaran KWSP.