
Ahmad Idham Dilantik CEO Baharu Finas Oleh Menteri
Pengarah filem, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( CEO Finas). Pelantikannya diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobind Singh Deo.
“Ini merupakan keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku CEO Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan yang lalu,”
Dalam kenyataan tersebut, pelantikan Ahmad Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan memegang jawatan itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa pada 11 Mac lalu.
Pelantikan itu menerusi pengalaman Ahmad Idham selama lebih 25 tahun dalam industri kreatif.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Idham juga mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam industri kreatif selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

Ahmad Idham telah berkecimpung dalam industri hiburan sejak tahun 1933, bermula sebagai pelakon. Kemudian menjadi seorang pengarah filem Malaysia seperti Adnan Sempit, Remp-It, Mr Cinderella dan filem seram Jangan Pandang Belakang.
Gobind berkata, kementerian berharap Ahamd Idham akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha FINAS bagi membangunkan industri hiburan.
“Saya juga berharap agar ahli lembaga Finas akan memberi kerjasama penuh kepada Ahmad Idham dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan,”
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Shakib atas perkhidmatannya sepanjang empat bulan memangku jawatan itu.
Walaupun telah dilantik sebagai CEO Finas, lantikannya ini mendapat kritikan hebat daripada netizen asbab kualiti filem yang dibawa oleh beliau tidak setaraf dengan pangkat yang beliau terima. Ikuti artikel lanjut di sini.
Antara filem arahan beliau adalah seperti Pencuri Hati Mr. Cinderella, Mael Lambong, Hantu Bonceng, Senario The Movie: Episode 1, Senario The Movie Episod 2: Beach Boys, Jangan Pandang Belakang Congkak, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Adnan Sempit, Apa Celop Toqq…, Tentang Bulan, Impak Maksima, Niyang Rapik, Jangan Pandang-Pandang, dan pelbagai lagi filem yang kita boleh anggap kurang mendapat sambutan penonton.
Sumber: Malaysia Kini
Trending now



