Ahmad Idham Bakal Direhatkan Sebagai CEO FINAS?

Ahmad Idham dikritik
Sumber: MSN

Beberapa hari ini, timbulnya spekulasi dalam kalangan pemain industri perfileman tanah air mengenai pengunduran Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut Astro Awani, kedudukan Ahmad Idham ‘tidak lagi selamat’ dan berkemungkinan posisinya akan digantikan dengan individu lain walaupun beliau ditawarkan jawatan itu selama dua tahun sehingga Mac 2012.

BACA: Ahmad Idham Dilantik CEO Baharu Finas

Selasa lalu, Ahmad Idham mengumumkan bahawa beliau akan bercuti selama tiga bulan bermula minggu hadapan dengan alasan menyelesaikan urusan peribadi, namun menurut sumber, beliau seakan tidak akan membuat kemunculan kembali di FINAS selepas Mac hadapan.

BACA: PFM Sokong Tetapi Peminat Filem Kritik Pelantikan Ahmad Idham

Enggan mengulas spekulasi tersebut, beliau memberitahu sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat kerana jawatan itu diterima dengan niat bagi membantu industri seni.

Ahmad Idham CEO Finas
Sumber: Cinema Online

Beliau yang dilantik pada 14 Mac lalu sehingga kini masih lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai CEO dan segala perkara yang berkaitan masih dirujuk kepadanya.

Pertengahan November lalu, Ahmad Idham terpalit dengan kontroversi gara-gara menyarankan agar satu usul dihantar kepada kerajaan bagi menapis kandungan program yang akan disiarkan di platform penstriman dalam talian, Netflix.

BACA: Minta Kerajaan Tapis Kandungan Netflix, Ini Respon ‘Win’ Netizen Untuk FINAS

Keadaan menjadi lebih panas apabila satu gambar tular di laman media sosial mengenai kerjasama beliau bersama satu platform penstriman baharu ‘patuh syariah’ di Malaysia iaitu A-Flix.

Evolusi Rambo dari tahun 1982 hingga 2019.

Evolusi Rambo 1982-2019

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.