Ahli Politik Malaysia Tak Serius Tangani Jerebu Maya Karin 1

Ahli Politik Malaysia Tak Serius Tangani Isu Jerebu – Maya Karin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terkenal dengan kejujuran menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa terutamanya berkenaan alam sekitar, aktres terkenal Maya Karin menimbulkan ‘kekecohan’ di Twitter apabila ciapan beliau mengenai isu jerebu menjadi tular.

Masalah jerebu merupakan masalah lama yang sering berulang yang sudah berlanjutan sejak dari tahun 1997 sehinggalah kini. Walaupun sudah hampir 20 tahun mengalami masalah yang sama, keadaan jerebu masih lagi berlaku saban tahun.

Ahli Politik Malaysia Tak Serius Tangani Jerebu Maya Karin

Kata Maya, beliau merasakan ahli politik Malaysia dan Singapura seakan tidak serius kerana tiada kesungguhan atau pun tindakan drastik yang dijalankan kerajaan.

Dalam ciapan di Twitter pada 14 September lalu, Maya Karin secara terbuka melakukan kritikan kepada Presiden Indonesia dengan ‘memention’ ID @jokowi kerana membenarkan pembakaran hutan setiap tahun.

Berikutan daripada masalah jerebu ini, hampir 1.7 juta pelajar sekolah di Malaysia menjadi mangsa kerana sekolah yang terpaksa ditutup akibat daripada IPU yang berada di tahap sangat tidak sihat iaitu 200.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wd22Ln_1q/