
Ahli Perniagaan Tipu Warga Emas, Sewakan Tandas Dengan Harga RM900
Ahli perniagaan tipu warga emas, sewakan tandas dengan harga RM900 sebulan.
Seorang warga yang hanya mengharapkan wang simpanan untuk meneruskan hidup terpaksa menyewa sebuah tandas untuk meneruskan kehidupan seharian.
Kisah beliau yang dikongsikan sebuah badan organisasi bukan kerajaan (NGO), Maintenance Hong Kong Caring Community Service Team telah mendapat perhatian ramai.
Dalam rumah (bilik?) dengan keluasan sebesar 20 kaki itulah beliau makan, rehat, tidur dan melakukan aktiviti seharian.


Terletak di Jalan To Kwa Wan, warga emas tersebut difahamkan hidup sebatang kara; bercerai dan tidak lagi berhubung dengan ahli keluarganya terpaksa membayar sewa bulanan sekitar 1,700 yuan (RM900) kepada tuan rumah.
Terpaksa tidur dengan keadaan duduk, hasil lawatan sukarelawan mendapati, warga emas tersebut hidup dalam persekitaran ‘rumah’ yang kotor, penuh dengan sampah dan beberapa peralatan elektrik seperti periuk nasi.


Rata-rata yang datang membantu terkejut dengan kehidupan beliau telah meminta pihak berkuasa agar mengenakan tindakan kepada tuan rumah yang juga ahli perniagaan kerana meletakkan kadar sewa yang terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan keluasan yang ditawarkan.
Terdahulu, di Malaysia pula, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memberitahu satu undang-undang berkaitan sewaan rumah akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.
BACA: Undang-Undang Rumah Sewa Bakal Diperkenal Kepada Umum
Undang-undang rumah sewa yang dikenali sebagai Akta Sewaan Kediamaan (RTA) itu katanya masih digubal dijangka akan selesai menjelang akhir 2020 bagi mengatasi isu diskriminasi perkauman dalam pasaran hartanah.