
Ahli Perniagaan China Sanggup Bayar RM400,000 Demi Miliki Pasport Dan IC Malaysia
11 September lalu, negara digemparkan dengan pembongkaran korupsi kakitangan dan pegawai jabatan kerajaan termasuklah mereka yang berpangkat tinggi menjadi dalang jualan kad pengenalan kepada warga asing.
BACA: Timbalan Pengarah Jabatan Kerajaan Antara Dalang Jualan MyKad Kepada Warga Asing
Semalam, seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau membayar sebanyak RM400,000 demi memiliki pasport dan MyKad warganegara Malaysia.
Bagi memudahkan serta melancarkan urusan perniagaan resort dan kontraktornya, Wang De Qun, 58 tahun bersetuju membayar seperti yang diminta kepada individu tersebut sebagai pelaburan supaya beliau tidak berdepan dengan pelbagai sekatan dan masalah di Malaysia.
Individu berkenaan yang terlibat sebagai dalang penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Lai Chin Wah, 56.
Kronologi pemilikan
Urusan pembelian pasport serta kad pengenalan Malaysia ini diperkenalkan oleh seorang lelaki warga Thailand, Liwge pada Jun dan Julai 2018 dengan bayaran RM200,000 dan kemudiannya dipertemukan dengan Lai Chin Wah pada Disember lalu.
Menggunakan nama Ewe Chor Beng pada pasport Malaysianya, Wang yang turut memiliki pasport Vanuatu kemudiannya dibawa bertemu Mohd Faizul bagi urusan permohonan seperti urusan cap jari dan gambar sebelum beliau diberikan salinan dokumen yang lengkap dengan gambarnya.
Februari lalu, Lai menghubunginya dan meminta beliau untuk hadir ke Pulau Pinang dan kemudiannya diserahkan kad pengenalan tertera namanya untuk urusan melakukan pasport pada hari yang sama dengan bayaran RM200,000.
Sebulan kemudian, Lai memaklumkan beliau mahu menjalinkan kerjasama perniagaan dengan beliau dan meminta beliau mengambil peperiksaan bagi memperoleh lesen memandu.
Sumber: FMT, Berita Harian
Lakonan hebat Will Smith.
Gemini Man | 3D Plus Featurette
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.