Ahli Nujum Perang Dunia

Ahli Nujum Ramal Bila Berlaku Perang Dunia Ke-3 Selepas Berjaya Ramal Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang ahli nujum Perancis yang sebelum ini pernah meramalkan kemangkatan Ratu Elizabeth II dengan tepat telah membuat satu lagi kejutan yang bakal berlaku pada tahun 2023 ini.

Lelaki psikik tersebut, Craig Hamilton-Parker mendakwa satu nahas pesawat ngeri diramalkan akan berlaku pada tahun 2023 di Taiwan yang mungkin mencetuskan permulaan Perang Dunia Ke-3!

Dia yang juga digelar sebagai ‘Nostradamus baharu’ tersebut meramalkan akan berlaku insiden pertembungan sama ada melibatkan dua buah kapal selam atau nahas antara dua pesawat yang dicetuskan oleh pihak tertentu serta tidak dapat dikawal.

Insiden tersebut seterusnya akan mencetuskan konflik besar di antara China dan Russia, serta bakal menjadi `krisis paling serius untuk tempoh dua tahun akan datang’.

“Sudah lama saya merasakan ia akan menjadi konflik ke atas Taiwan, yang mungkin berlaku pada tahun ini.

“Konflik yang tidak disengajakan dalam beberapa hal kerana kita mungkin akan mengalami sesuatu seperti pelanggaran atau nahas,” jelas Craig.

“Saya juga merasakan Russia akan menyebelahi China untuk menjadi negara sekutu dalam hal itu kerana ia akan menjejaskan Beijing dan memburukkan lagi keadaan.

“Itu yang menjadi kebimbangan utama saya,” tambah ahli nujum itu lagi.

Dia walau bagaimanapun tidak merujuk pada sebarang tarikh tertentu, namun konflik Russia-China dan China-Taiwan yang berterusan menunjukkan perang besar mungkin berlaku pada tahun 2023.

Menurut ramalannya lagi, skala konflik nahas itu berkembang menjadi lebih besar sehingga perang di Ukraine kelihatan kecil jika dibandingkan dengan insiden tersebut.

Ahli Nujum Perang Dunia

BACA: Wabak Koronavirus: Benarkah Ia Konspirasi Terancang Sejak 200 Tahun Lalu?

Sumber: Utusan Malaysia