
Ahli KWSP Kini Boleh Beli Insurans Dan Takaful Menerusi Akaun 2, Ini Perkara Yang Perlu Tahu
Umum mengetahui, mendapatkan perlindungan insuran begitu penting pada masa kini sebagai persediaan kewangan untuk menghadapi malang yang tidak berbau.
Di negara ini sahaja terdapat pelbagai syarikat insurans dengan beberapa pilihan tawaran yang disediakan.
Berita baik buat ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.
KWSP melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli itu dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan tidak akan membebankan ahli menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful yang disediakan dalam platform KWSP.
Contohnya, jika mengambil premium serendah RM30 setahun, jumlah perlindungan yang ditawarkan adalah sebanyak RM10,000.
Bagi ahli yang ingin membeli produk insurans dan takaful, anda boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.
Syarikat insurans dan pengendali takaful tersebut adalah FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad.
Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki mencukupi dalam Akaun 2, warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun, layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung.
Sementara itu, mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung, dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan serta mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas mereka.
Platform layan diri i-Lindung boleh diakses pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa.
Selain itu, polisi atau sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.
sesiapa ada kwsp dan baki akaun 2 melebihi rm1000 .. aku sarankan korang buat i-lindung.. ni aku test coverage rm200k + smoker .. takaful + critical illness
.. murah siut lump sum setahun… mantap laa ! pergi sebarkan.. pic.twitter.com/hbOP2ZMBWG— mohdeazy | #fighterautomation (@mohdeazy) July 13, 2022
Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung boleh menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.
Mujur ada i-Lindung ……
Untuk maklumat lanjut: https://t.co/HibyCp3ddu
#KWSP #BermulaDiSini #MujurAda #iLindung pic.twitter.com/eKQqBnbgz4— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 12, 2022
Sumber: KWSP
Trending now



