imej lohong hitam

Ahli Astronomi Dedah Imej Lohong Hitam Sebenar Pada Umum

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lohong hitam atau black hole adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan hala laju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya.

Kewujudan lohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian ahli astronomi tetapi sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju. Ia menjadikan lohong hitam sesuatu yang masih menjadi misteri oleh para cendiakawan.

Baru-baru ini, sepasukan astronomi di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian telah mendedahka mempersembahkan imej pertama lohong hitam atau black hole.

Imej tersebut, lingkaran cahaya jingga kekuningan membara mengelilingi bulatan hitam, dipaparkan dalam satu majlis di Washington D.C. pada Rabu, membuktikan teori Albert Einstein lebih seratus tahun lalu.

Usaha yang dikepalai Shep Deoleman mengambil masa puluhan tahun, dan imej itu diperoleh daripada analisis komputer selama dua tahun terhadap hasil pemerhatian lapan rangkaian teleskop radio yang letaknya di atas enam gunung dan empat benua.

imej lohong hitam
Sumber: New Scientist

Untuk menangkap imej lohong hitam tersebut, para pengkaji angkasa mencerap melepasi ruang angkasa ke sebuah galaksi gergasi dalam buruj Virgo, bernama Messier 87 atau M87 yang jaraknya 53.49 juta tahun cahaya dari Bumi.

Di sana, sebuah lohong hitam sekitar tujuh bilion kali lebih besar daripada matahari melepaskan letusan tenaga sejauh 5,000 tahun cahaya ke angkasa.

Hasil penuh dapatan pasukan Deoleman itu diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters.

Apa yang kita lihat ini saiznya lebih besar dari seluruh sistem solar. Jadi, imej yang dipamerkan ini menjadi bukti bahawa lohong hitam sememangnya wujud.

Berdasarkan teori relativiti am Einstein, tidak ada satu benda pun di alam semesta ini; termasuk cahaya, mampu terlepas daripada tarikan lohong hitam, lokasi paling tumpat dan jitu di seluruh cakerawala.

Sumber: Astro Awani