
Ahli Agama Indonesia Percaya Ruqyah Dapat Sembuhkan Wabak Koronavirus
Ahli Agama Indonesia percaya ruqyah dapat merawat wabak koronavirus. Wabak koronavirus kini dilihat semakin serius selepas angka korban yang disebabkannya semakin meningkat dari hari ke hari sejak mula dihebahkan.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1829224443877430?__xts__%5B0%5D=68.ARDT0T5o9JKIzBjd5_rwlXLawnnpq2BTK3oX3GYSH3k739YolJJZI1egWUNgi5bwzzbxoEFnQLBCL0Vb67AUxN5s0GPjBkXSvv_pBkpsVlJ25a8Wk-K4UlXXy-c-NI6_cN3OQGpfFnQ7rECbERKtPi-WB7oxVGWuoh4cjJuxWWYcMV8Ypkzjk84eHQrYPBB_ZOyv8WvWysl1WppOtSm6u5iZ6viRLaSYrlvLvx2ku0sij2wyXzam8EMwvm9tOhiWWEHwU6zCZ-46aUnlGA7FGS12rs9D3NPtXa6ZP3xzWu-nEYAaPWcsxaNHiL3LzdGbfz7yhM97vSBvoEXw1F-Q6pq6&__tn__=-R
Jika sebelum ini presiden parti politik di India mengatakan wabak koronavirus yang dipercayai berpunca daripada tenggiling (sebelum ini ular dan kelawar) boleh disembuhkan dengan menggunakan air kencing dan tahi lembu, kali ini seorang ahli agama dari Indonesia yakin bacaan ruqyah mampu menyembuhkan wabak koronavirus berkenaan.
BACA: Najis Lembu Penawar Wabak Koronavirus – Presiden Parti Politik India
Memetik laporan daripada Sindonews, Prof. Dr. Ahmad Zahro yang merupakan tokoh dalam Ilmu Fiq’h di Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya percaya ruqyah merupakan rawatan yang paling berkesan berbanding dengan perubatan moden.
Yang paling penting, perlu yakin pada Allah, tidak boleh sombong dan tidak boleh terlalu takut kerana wabak dari Wuhan berkenaan tidak akan merebak kepada mereka yang taat pada Tuhan, sentiasa berzikir dan mengikut sunnah nabi.
“Hampir semua penyakit terjadi kerana adanya syaitan, termasuk virus korona. Ini perspektif spiritual, soal percaya atau tidak, tak jadi masalah.”
Tambah Dr Ahmad, tiada siapa boleh disalahkan mengenai wabak ini, tetapi yang pastinya ianya berpunca daripada makanan haram yang mana berlakunya pelanggaran terhadap binatang; binang yang haram dimakan dimatikan dengan kejam, ada yang terus dibakar dan tidak disembelih seperti yang diajarkan syariat Islam.
Tonton video penuh di pautan bawah:
Sumber: Sindonews